Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

pregnancy side effects

selamat malam semua wanita sekalian, kandungan aku dah masuk 3 bulan++ dan ini pengalaman pertama aku so ianya memberi seribu satu makna, pengajaran dan macam-macam lagilah untuk aku. since aku dilahirkan dan membesar sebagain insan cemerlang, gemilang dan terbilang....hakhak, maksud aku, aku membesar sebagai insan yang jarang sekali sakit, so apabila aku mengandung, aku kerap dan senang dapat penyakit yang kecil like pening, muntah, sakit perut, kerap kencing, aku mmg kena redha. bukan mengungkit ye anak-anak tapi nak bgtau.... aku mmg sangat bersykur sebab dah preggy, yelah ada orang tu dah kahwin bertahun-tahun pun x dapat anak lagi kan, aku kahwin 3 bulan dah preggy. syukur, mula-mula preggy, aku x rasa sangat dia punya penangan, sekarang: 1) mual/loya - ni memamg selalu since awal-awal aku dapat tau aku mengandung. sebab tu sekarang, aku xleh hidup tanpa asam, buah dan apa saja yang boleh membuatkan mulut aku x berasa pahit. aku sangat gila kan asam sampaikan kalau x m

pregnancy journey - 12 weeks

selamat malam para ibu dan bakal ibu semua, dah banyak orang kata first trimester ni agak mencabar tapi bagi aku kalau orang lain boleh lalui, takkan aku xleh, ye dok. dulu aku dok dengar je adik aku mengadu itu ini melalui whatsapp, aku diam kan je sampai adik aku kena marah dengan mama aku sebab banyak sangat komplen. mama aku suruh banyak bersabar tapi adik aku bgtau dia x tahan, sebab tu mengadu. aku pun macam hek eleh, adikku ni kepoh je,  relax ah since semua preggy women pun akan lalui kan. tapiii tapiiiii lepas aku sendiri kena baru aku tau. aku masih lagi boleh bertahan dengan rasa loya, mual, sakit perut dan kerap kencing. tapi recently bila aku dapat sakit kepala, oh my aku rasa nak nangis, nak marah, nak mengamuk. semua adalah start minggu nilah hari isnin (kebetulan aku cuti) aku terbaring je depan tv, xleh buat apa. then, aku paksa jugak pergi kerja. hari jumaat lepas the worst, sampai je tempat keje pagi, aku dok lepak dalam surau, bangun, celik, bangun, cel

WORDLESS WEDNESDAY: bekwoh aka kenduri

Pregnancy dan Bola

selamat pagi u olls, lamanya mak x update kann, rindu kat mak tak? macam-macam mak nak cerita. sekarang mak menaip ni di kg, semalam baru sampai tau. ayooo, bestnya sampai-sampai je beli nasi kukus haikal sebab xlehla makan luar kan sebab ada bola *gila x tengok kan* mula-mula nak cerita yang semalam mak ada jumpa doc walhal appointment sebelum tu lagi tapi di cancel sebab doc tak ada. doc tanya macam-macam. salah satunya doc tanya yang aku ada x family yang ada penyakit, pernah buat operation  atau aku sendiri ada alahan. aku cakap x ada tapi dia kata kenapa sticker aku hijau. aku selamba bgtau *coz my weight less than 45 kg*. die pun "a,ahla, ur weight 36kg je". how u maintain ur weight, apa rahsianya?. aku sengih-sengih je. then, doc set appointment bulan 1 nieh 23/1. aku kena minum air gula for next appointment...hewhew. dah, pasal pregnancy: macam mana bola semalam? aku malas nak komen panjang sebab nanti kena kutuk....haha. tapi serius, aku memang x p

pregnancy story : first check up

Assalamualaikum semua kesayangan, aku baru perasan yang aku x review lagi pasal tudung dan baju nikah untuk reception and second reception. aku cuma review pasal akad je....hohoho. korang nak dengar lagi ke sebab aku rasa macam dah basi         (-_____-) tadi, buat pertama kali aku pergi buat buku merah (sambil nyanyi buku merah jangan lupa bawa, moga-moga x tamat tempoh). aku x tau bila waktu terbaik untuk aku buat buku merah. kawan opis aku bgtau kena buat masa 3 bulan ke atas. adik aku pulak suruh buat terus once tau dah preggy. masa mula-mula aku check preggy, kandungan aku 6 mggu, then aku rasa too early.  tapi lepas aku baca blog rina (dia bgtau waktu terbaik 9 mnggu), then masa 9 minggu baru aku call klinik (sebab aku asyik tangguh je call).....kekeke. so, last week call, dia suruh datang isnin. mula-mula macam x tau sangat nak pegi klinik mana sebab kita kena pilih yang paling dekat. mula-mula ingat bangsar, tapi lepas call, bangsar bgtau ada kat pantai dalam. me

casio ooo casio

hello u olls, mak x sabar nak tengok game sabtu ni, Malaysia mesti menang lawan Indonesia. minggu depan, mak ada appointment ngan doc, seram sejuk tau takut kena marah ngan doc *ntah apa-apa kan*. bukan nak citer pasal bola, hari sabtu ni baru boleh citer panjang sebab kalau menang memang kompem boleh masuk final. CASIO 9 GOLD CASIO 9 SILVER ada ramai order ngan aku nak belikan utk someone special, kalau korang nak cepat boleh je, bayar pagi, sebelum pukul 2 akan dipos. nak citer semalam ada orang beli untuk casio 9, sat gold satu silver. dah selamat pos dah, harap-harap esok sampai. kat sini, aku nak bgtau pasal jam, sebab aku sendiri x pernah beli jam kat internet. kalau orang dok jual jam kat internet, ada warranty ke? sebab setahu aku warranty ni kalau kita beli kat kedai bolehlah kita refer balik, kalau beli kat internet nak refer kat mana. one more, warranty ni aku rasa untuk bateri je kot-kot la x sampai setahun beli, kong ke, bolehla mintak percuma ka

Piala AFF Suzuki : Malaysia vs Laos

Selamat malam u olls, aku bet ramai tengok bola malam ni kannnn, x kirala jenis kaki bola ke x.  Tapi semua mesti x sabar nak tengok game antara malaysia ngan laos.  dalam pada xpuas hati dengan HM, tapi dalam hati tetap nak HM menang kan malam ni sebab kita mestilah nak pertahankan kejuaraan dan jugak x nak malu sebab main kat tempat sendirik. so, aku memang x sabar dan dalam masa yang sama berderbar, berpeluhlah sebab memang nak HM menang. dan akhirnya HM menang 4-1 dengan Laos. tapi sayang sikit sebab kita bolos satu gol lagi dengan Laos menjadikan total bolos 4. dan satu lagi kemaaainnnnnn banyak peluang gol untuk safee sali tapi mungkin harini xder nasib, hanya satu saja bolos.  apa-pun well done Harimau Malaya (bezakan selepas Raja Gopal masukkan Shakir Shaari di bahagian midfield ganti dengan Amar) dan juga kemasukan Wan Zack dan Mahali. Farizal bertuah malam ni sebab gantikan apek kerana kerja dia cukup mudah. sekali je pegang bola ketika masa pertama, dan

berita tergempar : apek ooo apek

Assalamualaikum peminat bola semua, hamboiii u olls, tajuk x nak kalahkan, xtaula aku ada mood atau x nak cerita tapi aku tau sesuatu pasal apek dan leuniey. kisah benar ye, sebab aku saksikan sendiri....kekeke. tapi sekarang macam malas pulak nak menaip, boleh.....hahaha tapi serius aku x puas hati orang yang kutuk apek tapi kaitkan dengan dia punya personal macam game semalam. macam kutuk apek sebab apek nak kahwin dan x ada semangat kesukanan, kelakar kan. lepas tu kutuk apek macam famous sangat siap buat press conference masa umum nak kahwin, mmgla bukan satu dunia kenal apek tapi kalau sebut kat malaysia ni, aku rasa potong jari ah memang semua kenal apek. sebab aku ada satu kawan yang langsung x minat bola atau sukan dan dia xpernah ambik tau pasal sukan atau negara which is xpernah baca paper atau tengok tv tapi dia boleh kenal apek *so kira apek ni mmg jadi sebutanla kan* kalau nak kutuk artis/sport player disebabkan mutu permainan/persembahan, pleaselah jangan

PIALA AFF SUZUKI 2012

hello everyone, lama aku x update kan. bukannya xder benda nak share tapi malas punya pasal. nak taip malas, serba-serbi malas...hahaha. *apa kerja pun hubby aku buatkan, tq hubby* so, korang tengok x game sulung malaysia lawan singapore tadi. saper yang tengok, mesti emo lebih sebab aku memang emo. eh, bukan aku sajalah satu rakyat malaysia. kita kalah teruk kot 3-0, which is a VERRY unexpected and disappointed result for me. aku x expect menang *melihatkan pada performance HM recently* tapi aku x nak/x suka/benci kalah dengan Singapore dan Indonesia. kalau sekalipun kalah tapi biarlah kalah bermaruah like 1-0 ni, 3-0, hayooooo rasa nak pengsan. nak tau punca kalah game malam ni sebab Rajagopa punya pasal, pemilihan player yang memang bagi aku sangat teruk. semua dok kutuk apek, bagi aku performance apek mmg teruk malam ni tapi kita punya barisan tengah lagi teruk. kata-kata terbaik, copypaste: ni kata-kata dari captain singapore yang sumbat 2 gol tadi. hampir 80%

cerita tentang preggy, jalan-jalan ngan family dan juga jam casio

selamat malam u olls, lamanya x update kan. kesihatan aku makin lama makin teruk. sekarang batuk bertalu-talu especially malam, sampai x leh nak tidur. sampai sakit dada. kalau batuk gila-gila, lepas tu mesti rasa nak muntah. semalam muntah, habis keluar maggi (ok, ni pertama kali makan maggi masa preggy) sebab tiba-tiba rasa lapar.  habis semangkuk maggi kari ayam, lepas muntah, satu mulut rasa pedas dan pahit gila. nasib baik ada jam butter dan strawberry. belum campur lagi loya setiap masa, langsung x selera makan. makan pun sebab x nak perut kosong. tapi muntah-muntah x derlah teruk sangat. apa-apa aku syukur aku masih lagi boleh bekerja macam biasa, sangat bersyukur boleh lagi berjalan, makan dan buat kerja macam biasa. cuma buat semua benda dalam keadaan x selesa. sebab tu, kadang-kadang aku moody, semua kat opis pun perasan, nak buat macam mana. bukan sengaja moody tapi sebab tengah tahan sakit :( ok, enough my preggy story. dalam x larat tu, last weekend, 3 hari

anakku

Assalamualaikum semua, kalau korang friend list aku kat fb, mesti korang dah tau kan, the good news yee aku preggy 6 weeks 3 days to be exact. sebelum pergi jumpa doc semalam, aku dah agak aku period since aku punya period lewat 2 minggu which is impossible sebab aku punya period memang stabil dan tepat pada masa, kalau ada beza cuma 2, 3 hari je. lepas kahwin, aku memang mark period aku dalam bb senang nak buat projek....kehkeh. hoii, aku berguru dengan orang-orang yang dah kahwin tau, die bgtau suruh mark period sebab nanti lepas period minggu pertama subur dan kena buat projek kalau nak dapat anak especially hari ke 12 dan 14. so, disebabkan aku hanya menurut perintah, aku pun mulalah tanda untuk memudahkan kerja aku. so, last period aku bulan 9, so bila bulan 10 x datang aku dah syak aku preggy but being me aku malas nak kalut dan sibuk sangat. mak sangat cool ye. so, semalam aku ada masa which is sebenarnya aku MC, aku pergilah klinik kat umah aku buat urine test

MOVIE TIME : skyfall

Assalamualaikume everyone, how's life? happy or not? betulla orang kata, happiness is a choice, whatever your problem is, whatever happened to u, how big or complicated your problem but as long as u choose to be happy, i think at least u will be okay. so, i choose to  be happy eventhough i have sooo many problems (oh my english). ok, sudah -sudah merepek, berbalik pada tajuk kita, harini kita dah tengok skyfall....hewhew, quite interesting and exciting. movie yang agak panjang, 2 jam setengah, penuh dengan aksi (as expected), perempuan keliling pinggang and once again as expected banyak adegan dipotong....ceitt sebab harini ada masa, actually nak pos jam customer aku sambil beli sampul prabayar tapi sekaliiiii semua habis, dari saiz S kepada M, kotak, semua habis. so, terpaksalah aku hold dulu, dan pos esok. alang-alang dah sampai mid, apalagiiii movie lah jawabnya. cerita dia macam ni, james bond ditugaskan untuk mencari satu disket yang mana di dalam tu ada semua

WORDLESS WEDNESDAY: WE NEED HOLIDAY. okay, actually, its me

pangkor island surabaya bagan serai, perak bandung melbourne

food trending

hello everyone how's your raya celebration. mine, sangat sedih since aku x balik kg. keje dan keje, haih, orang kata setiap manusia memang kena berkorban kan x kira banyak atau sikit sebab dari pengorbanan datangnya kejayaan, hamboiihh. inysa ALLAH. kat sini memang x nak cerita pasal raya, nak cerita pasal trend. bukan baju saja ada trend tau, makanan pun ada. kalau baju, sekarang orang dok gila peplum, dari baju kurung kepada baju jalan-jalan atau baju kahwin semua nak peplum design. kalau makanan pulak.......haaaaaaaaaaaa, xkan x tau. kita imbas semula 1) macaroon - sana-sini dok citer, aku mula-mula menatang apalah macaroon tu, ingatkan macaroni...kehkeh. tapi rupanya die jenis ala-ala dessert yang manis giteww. pendapat aku, makan jarang-jarang bolehlah, sebab manis dan harga boleh tahan mahal nampak macam sedap kan. teringin nak makan macaroon kat london, ala apa pulak nama dia.....semua bgtau best 2) pavlova - aku ingat pavlova ni sejenis cake, like nor