selamat malam para ibu dan bakal ibu semua,
x sabar rasanya nak masuk second trimester dan tengok perut membuncit...hehe
dah banyak orang kata first trimester ni agak mencabar tapi bagi aku kalau orang lain boleh lalui, takkan aku xleh, ye dok. dulu aku dok dengar je adik aku mengadu itu ini melalui whatsapp, aku diam kan je sampai adik aku kena marah dengan mama aku sebab banyak sangat komplen. mama aku suruh banyak bersabar tapi adik aku bgtau dia x tahan, sebab tu mengadu.
aku pun macam hek eleh, adikku ni kepoh je, relax ah since semua preggy women pun akan lalui kan. tapiii tapiiiii lepas aku sendiri kena baru aku tau. aku masih lagi boleh bertahan dengan rasa loya, mual, sakit perut dan kerap kencing. tapi recently bila aku dapat sakit kepala, oh my aku rasa nak nangis, nak marah, nak mengamuk. semua adalah
start minggu nilah hari isnin (kebetulan aku cuti) aku terbaring je depan tv, xleh buat apa. then, aku paksa jugak pergi kerja. hari jumaat lepas the worst, sampai je tempat keje pagi, aku dok lepak dalam surau, bangun, celik, bangun, celik sampailah pukul 12.
lepas tu aku terpaksa keluar sbb lelaki kena pegi sembahyang jumaat. Tuhan jelah tau macam mana aku tahan pening tu, duduk xkena, berdiri xkena, berjalan x kena. aku bangun, beli kek coklat (kebetulan ada jual kat pantry) pun x hilang.
lepas tu petang ada jamuan, memang aku x rasa langsung nak makan. then, aku balik awak setengah jam sebab serious x tahan. nasib baik boleh lagi drive kete. sampai umah, makan nasik sikit balance tengah hari, then tdo.
penyakit lain boleh lagi aku paksa diri dan lawan, cuba kuatkan semangat tapi pening kepala is really my allergic. sebelum mengandung masa belum kahwin lagi, aku mmg allergic pening kepala, kompem x leh buat satu kerja apa pun.
aku dilahirkan dan membesar dengan tubuh badan yang sihat. yes, aku sangat jarang sakit boleh kata since 4 tahun lepas, aku jarang sakit. sakit manja-manja macam selsema dan batuk, adalah tapi lepas makan ubat, okey. demam pun x pernah.
tapi lepas kahwin, semua penyakit aku rasa tapi aku tau ini ujian dari Allah, aku kena banyak bersabar. aku bukan complaint ye cuma nak share apa yang aku lalui minggu ni. Alhamdulillah, aku rasa aku ni x lah teruk sangat dibandingkan dengan preggy women yang lain.
x sabar rasanya nak masuk second trimester dan tengok perut membuncit...hehe
Comments