Skip to main content

BIRTH STORY NAUFAL

Assalamualaikum,

Harini ialah first day aku kerja setelah 3 bulan cuti. Wohooo, kemain lagi excited, malas, sedih dan macam-macamlah but life must go on right since cuti dah abis. Kemain aku enjoy my maternity leave, macam fully housewife.

Since dah balik kerja and my boss tak ada, aku ada masa terluang sikit. Nak ceritalah pasal second pregnany eh second delivery. Biarlah adil ye dok? Aku beranakkan Naufal pada 27/8/2016. Tepat-tepat hari edd aku.

HADIF     - EDD 27/6/2013 LAHIR 25/6/2013
NAUFAL - EDD 27/8/2016 LAHIR 27/8/2016

Lebih kurang kan dia punya cycle. Aku teruslah bekerja sehingga 40 minggu. Last hari Khamis, 25/8 tu memang aku niat dah tak akan datang opis dah walau tak beranak. Hari Jumaat sempat lagi berjalan ke AEON Mall dan makan-makan.

ni masa hari jumaat 26/8, esoknya beranak


Malamnya aku tak rasa sakit pun tapi aku perasan time kencing keluar darah. mula-mula kaler gelap, pagi tu kaler merah. Terus lepas Subuh, bagitau mama dan siap-siap ke hospital kota bharu. Sampai sana, doc check dah ada bukaan 3cm. Masa tu serius tak rasa sakit sangat, dia macam sakit on off. Siap ada satu nurse puji aku dan bgtau muka aku relax je sambil senyum-senyum sebab ada satu kakak tu muka kemain ketat walhal bukaan dia sama dengan aku 3 cm.

Then, aku kena tahan wad. Masuk wad, aku relax je dulu dan sempat sembahyang zohor. Tapi aku punya bleeding tersangat banyak, macam air turunnya sampai aku takut tengok darah aku keluar. Adalah dalam 10 kali aku tukar baju sampai aku dah tak larat tukar baju, aku duduk je atas katil sebab darah keluar terlampau banyak.

Mula-mula nurse tanya nak cocok ubat tahan sakit tak, aku bgtau tak nak (konon perasan gagah) tapi start pukul 4 lebih, aku dah tak tahan, aku suruh nurse cocok. Lepas cocok, aku start mengantuk yang amat sampai rasa nak tersembam muka. Siap muntah lagi tapi nurse bgtau memang normal muntah lepas cocok.

Lama-lama kelamaan rasa mengantuk makin teruk, sampaikan memang tak boleh nak buat apa even husband dan hadif kat sebelah pun, aku tak boleh buka mata. aku dah tak mampu sembahyang asar since darah keluar terlampau banyak so aku tidurlah. Suruh doc check bukaan, dia kata baru 5cm, masa ni dalam pukul 5 lebih kot.

Then, misi bagitau nak suruh doc check balik bukaan dalam pukul 9. Aku pun dengan penuh sabar tunggu sambil tidur, sambil layan contraction. Tiba-tiba, dalam pukul 9 lebih rasanya aku rasa takleh tahan dan rasa nak teran, serius rasa nak teran sangat-sangat. nak turun katil pun tak larat tapi aku gagahkan jugak turun sambil panggil orang depan aku panggil misi. Misi pun berlari angkat aku atas stretcher dan pergi bilik nak check bukaan. Sekali check, dah 9cm.

Misi apalagi berlari tolak aku ke labor room sambil beberapa kali bagitau, jangan teran, jangan teran. Sampai je kat labor room, doc suruh aku teran. Aku pun teranla tapi kena marah sebab angkat punggung. Beberapa kali je teran dan baby Naufal keluar. Tak sampai 10 minit pum. Tapi banyak koyakan sebab angkat punggung *my bad*, lama jugakla nurse tu dok menjahit. Aku pulak lepas beranak, tak rasa letih dan mengantuk, so aku dok berbual je dengan nurse tu.

Alhamdulillah Allah permudahkan sekejap je rasa sakit dan mudah beranak.Dalam 10 minit kot aku push sebab Naufal lahir 9.38 malam dan aku rasa aku masuk labor room dalam pukul 9.30 malam.

masa ni tengah layan contraction sambil layan mengantuk gila babas

Alhamdulillah


3 bulan menjaga Naufal amatlah dipermudahkan. Percaya tak, dia langsung tak berjaga malam. Dia bangun nak menyusu so aku sususkan dia sambil tidur mengiring. Dan dia jenis yang akan tidur kalau aku tidur. Baik kan. Siang pun sama, boleh bilang dengan jari berapa kali je dia nak mengempeng. Macam ni berjurus anak, boleh beranak tiap-tiap tahun...kahkah


1 bulan

2 bulan

3 bulan
WAN AAQIL NAUFAL WAN MUHAMMAD
27/8/2016
9.38 PM




Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......