Skip to main content

meaningful words

assalamualaikum pekerja semua,


alhamdulillah, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. rasa bahagia sangat dan lega. yelah, dulu ke hulu ke hilir selalu berdua tetapi x kahwin lagi kan. bertahun-tahun berdua, so sekarang ni dah kahwin, rasa macam asal la x kahwin awal-awal kan...kehkeh

dalam kerja pun, a week before married, i have been promoted. alhamdulillah, semua orang cakap rezeki kahwin. aku masih lagi belajar task baru

harini aku belajar sesuatu yng baru iaitu kadang-kadang sesuatu yang baik itu kita boleh belajar dengan sesiapa saja walau pada luarannya kita nampak kita yang lagi bagus dari dia. i like her words today

aku petik kata-kataya, dari segi pekerjaan memang dia lagi bagus dari aku. pangkat dia lagi tinggilah

dia bgtau dalam hidup ni kita ada 4 masalah:
1) family problem
2) financial problem
3) personal problem
4) work problem

so, dia bgtau antara empat masalah utama, dia dah ada 3 masalah dalam hidup dia. dia ada family problem, dia ada financial problem and dia ada personal problem cuma dia xpernah ada work problem. kerja dia sangat bagus, tip top and she always give the best to her work.

sebab tu, walau macam mana berat pun problem dia, dia akan buat yang terbaik untuk kerja sebab bagi dia hanya kerjalah satu-satunya benda yang dia boleh bagi the best. since benda lain, dia x mampu nak handle. 

aku kagum bukan apa, kalau kita makin banyak masalah, makin malas nak kerja kan. makin celaru kerja kita kan.sekurang-kurangnya dia cuba untuk jadi yang terbaik dalam satu segi.

so, compared me to her,  aku kira bernasib baik sebab aku x ada masalah sebanyak dia. still ada family yang sayangkan aku, ada husband yang sayangkan aku and i dont have personal problem yang berat. attitude problem ada *pemalas and suka tidur*

so, i learnt something new today yang aku rasa aku kena share. kalau sekalipun kita x bagus dari banyak segi, like kita rasa kita x cantik, kita anak yatim piatu yang kekurangan kasih sayang atau kita banyak hutang cuba bagi yang terbaik yang kita mampu buat dalam hidup kita.

maksudnya,kalau bekerja,  kita buat kerja sebaik mungkin. kalau belajar, belajar rajin-rajin. kalau berniaga, berniaga sejujur mungkin.

i will do my best for my work. selagi aku masih bekerja dan bergelar pekerja. :)

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot