Skip to main content

apa itu istidraj?

assalamualaikum dan selamat sejahtera perempuan cantik, lelaki hensem dan x lupa golongan ketiga yang semakin banyak di muka bumi ni...sila baca ni dan semoga ianya menjadi iktibar pada kita semua


perempuan muslimah yang comel.....bilala aku nak jadi macam ni

kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.


Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?


Maka saya hendak bertanya kepada anda.


Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.




Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.


Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”


Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.


Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?


Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?


Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”


Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.


Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.


“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,


“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”


Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”


Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.


Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?


Saya yakin tidak..


Anda tenang sekarang?


Comments

Benu :) said…
Thanx for the info..
shidaidris said…
my pleasure benu. i noticed u change already. kan best kalau aku pun berubah macam ko? :)

Popular posts from this blog

macam mana nak jadikan baju anda yang kosong dan kusam MENJADI CANTIK, MENARIK DAN BERSERI-SERI

Assalamualaikum semua,

WHATSAPP 0139729066
WHATSAPP 0139729066

Korang tahu kan, raya kita pada tahun ni ialah pada 6 Julai 2016. Ni dah nak masuk bulan 2, so maksudnya kalau korang masih tak pilih lagi baju raya atau masih pening nak buat baju style macam mana, aku ada sedikit idea sebagaimana di bawah:

http://shidalife.blogspot.my/2015/12/baju-raya-2016.html

Siapa yang kat sini  dah buat baju raya? tak kisahlah dah siap atau masih di tailor. Pilihan aku dan family setiap tahun memang plain. sebab apa, banyak kelebihan kain kosong ni. senang nak matchy satu family, senang nak jahit hiasan yang korang berkenan dan lebih nampak happening dan ceria gittewww.

haritu aku ada cerita pasal hiasan kan. ni aku nak sambung lagi untuk memudahkan kerja korang. tak kisahlah korang buat jubah ke, kebaya ke, kurung moden ke atau kimono sekalipun, korang boleh tampal dokoh patch ni di baju atau tudung korang. kompem meletop baju raya korang. Percayalah. tak tau apa itu dokoh patch, tengok gambar di bawa…

kisahku diviral oleh beautiful nara dan siakap keli

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmatNYA.

Yes, im still preggy, 39 weeks already. Tak ada tanda lagi baby nak kuar sebab aku belum lagi rasa sakit. Aku mintak sangat supaya minggu depan beranak. Tak maulah kena induce ke apa sebab sakitnya ya ampunn. walau tak pernah rasa, tapi baca dari pengalaman orang pun dah seriau.

Harini aku nak share pasal status aku hari Khamis di viral oleh Beautiful Nara (Amazing Nara), Siakap Keli dan satu lagi page (lupa nama sebab tak pernah baca). Famous kejap, kejap jelah. Perkongsian ringkas je tapi tak sangka ramai yang tak tau. Sebab tulah kalau boleh, biasakan diri untuk share tips atau apa saja maklumat supaya ianya boleh jadi ilmu baru kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa nothing je kan ilmu tu tapi bagi orang lain sangat berguna.

Korang dah baca belum, ni link ada di bawah:

1) Amazing Nara
http://amazingnara.com/wanita-ini-kongsi-tips-unt…

BAJU RAYA 2016 - PART 1

Assalamualaikum semua

Aku harap semua pembaca aku di bawah rahmat Allah sentiasa. InsyaAllah, kat opis aku ramai tengah bercuti panjang, ada yang pergi umrah, pergi London, balik kampung atau cuti-cuti Malaysia. Aku hanya mampu tengok sambil telan liur, jelesnyaa. Bulan 11 haritu je, aku sempat ke kl tapi tupun tak puas hati dan ada benda agak buruk terjadi. Malas lah nak fikir dan ingat balik.
sekarang ni aku bukan nak cerita pasal cuti tau tapi aku nak cerita pasal raya punya outfit. jangan tak tau, kejap je lagi tahun baru tau, dah boleh beli kain dan tempah. dan fikir nak design macam mana, nak letak apa. meh sini aku bagi cadangan since aku ni suka benauuu scroll ig yang jual pakaian so aku dapatlah ilham sedikit sebanyak.
kalau aku jual baju-baju macam ni agak-agak korang nak beli tak? so, ni cadangan bagi aku, kalau korang nak follow, dipersilakan. aku punya cadangan ialah seperti di bawah:
1) kain plain - u will never go wrong with plain sebab korang boleh pilih nak letak apa …