Skip to main content

pengakuan berani mati aku

salam ladies n gentleman......


aku tau aku dah tua, baru 2 hari lepas harijadi aku 13jun. bertambah lagi satu angka dalam umur aku yang dah tua tapi hati mau muda selalu ya....hahaha

perempuan ni sensitif tau, sangat sensitif sebenarnya. perempuan sensitif pasal umur, kahwin, anak dara tua, anak, dan husband. so aku bagi contoh aku yang boleh dikategorikan sebagai dah lanjut usia tapi masih belum berkahwin, so apabila korang bagi soalan-soalan macam ni

"bile nak kahwin?"

"bila boleh makan nasi minyak"

"ko patut dah kahwin sebab dah tua, nak tunggu umur berapa"

macam-macamlah ayat penyata, soalan yang menyakitkan dan kata-kata yang kadang-kadang macam bergurau tapi menyakitkan hati. tepat, padu dan jitu. aku hanya mampu tergelak, tersenyum dan kadang-kadang aku balas dengan kata-kata yang bersahaja like "belum jodoh, x ada duit n bla bla

tapi apa sebenarnya yang berlaku hanya aku yang tau. aku nak sangat kahwin, serious x tipu dulu aku xderla fikir sangat pasal kahwin ni tapi selepas dah main berumur, benda ni sentiasa bermain-main di fikiran

jeles tau tengok orang yang dah bersuami, ke mana-mana ngan suami, sangat sweet. nak buat apa pun boleh sebab suami isteri dan satu lagi bertambah sweet kalau ada anak. aku sangat suka tengok pasangan muda yang dah kahwin dan ada anak, comel amat. :)

bila dan siapa jodoh aku? aku sendiri pun x tahu dan x mampu nak jawab. hanya mampu berharap ianya dipercepatkan dan bertemu dengan lelaki yang mampu menjaga, menyayangi dan membimbing aku hingga ke akhir hayat. AMIN

Comments

ddjfr said…
happy belated birthday.semoga diberikan rahmat dalam hidup.amin.

alalalalala.jgn sedih2.kwn2 dd pun ramai lagi yg xkawen.(kita kan sebaya)..insya Allah,..akan datang.
Anonymous said…
happy belated bday..ala rilex le..umur ko bape?? kite remaja senior kan..lg dok pikir lg sakit kpala..aku relax je..kwn2 sume dh habes kawen..sume org ade jodoh..lmbt dgn cepat je..kalo ssh sgt, ko kawen je dgn aku..hahahaha...
shidaidris said…
thanks dd...hikhik. amin. bukan sedih tapi kadang2 bile benda tu datang ngan sendiri...hehe

syab9- haha..thanks for the offer but im not interested...haha. ko lelaki lain, aku perempuan lain. memangla x pk hari-hari tapi setiap kali pegi majlis kahwin orang mesti rasa semacam je dulu x rasa tau
ddjfr said…
yap.i knew it.mmg taknak pikir tp kdg2 bila alone mesti jadi terpikir rite?..

banyak2 bersabar.mana tau rezeki shida dpt anak load.wauu..bleh besarkan lagi bisnes.hehe..
Anonymous said…
btol nie?? kompom?? ku offer skali je tau..xde 2 x nye...hahahaa...ape lg..srh la parents ko cr kn...ke ko nak srh aku cr?? hehe...
aisya ecah said…
InsyaAllah....smoga jodoh shida akan sampai cepat... :)... i'll pray for u.:)
shidaidris said…
dd - thanks. anak load...erkk, anak lod bin lad kot

syab9 - takper terima kasih je. malas ah ank suruh parents...huhu

aisha eca - aminn. tq sooo much k

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot