Skip to main content

cukai wajib

Assalamualaikum

Aku doakan semua pembaca aku dirahmati olehNya.

harini nak citer pasal cukai tapi bukan pasal GST ye. nak muntah aku baca pasal GST kat timeline fb. setau aku, yang dah beberapa kali pergi seminar GST ni GST ni ada 3 kategori iaitu , raw food atau barangan asas ialah zero rated  GST tapi tetap ada kenaikan harga. top up lagi best, mula-mula ada, lepas tu batal, lepas tu ada pulakk. apa-apalahh, kita hanya boleh redha jelah kan.

selingan dari website GST

36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin?
Tiada kajian sedemikian pernah dibuat.
37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.
Penambahan amaun BRIM sebanyak RM300 memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. (-___-)

ni aku nak cerita, cukai wajib dari anak aku. sekarang ni kalau keluar je mesti kena cukai. hamboiiih dia pandai dah sekarang. asal keluar, nak toys. kalau tak menjerit-jerit dan mengamuk-ngamuk tak nak duduk dalam stroller.

hari tu adik aku balik kelantan. kalau adik aku balik, kerja kitaorg berjalan jelah. kita stay kat manor beach resort kat besut. kotej cantik tapi panas. entah kenapa aircond macam tak berfungsi sangat *nangis*. esoknya kitaorang ke terengganu, jalan lagi.

masa kat terengganu, tempat wajib ialah pasar payang. masa nak masuk tu adalah kedai runcit yang jual truck. mengamuk kemain dia nak. so, aku belikan kereta sbb truck mahal....kihkih. esoknya kami ke mydin mall, dia kat tingkat bawah nampak ada org jual toys kat tingkat atas. so belikan dia train.

balik kelantan, aku pergi rantau panjang, dia nampak truck. kemain cuba tak nak belikan. tapi dia menjerit bukan main lagi sampai ada satu adik tu pandang aku dengan pandangan sinis macam aku tengah dera anak. dengan panas, dengan nak tolak stroller, dengan nak pegang dia. memang menguji kesabaran yang amat. masa ni family tak tau kemana dah.

giveup and i bought him truck. oh, siapa yang tak pernah pergi rantau panjang, boleh tengok entry aku yang ni http://shidalife.blogspot.com/2011/11/rantau-panjang-anyone.html

bagusnya hadif, lepas dapat apa-apa benda yg dia mengamuk nak,  dia akan pegang benda tu dan behave dalanm stroller.

sama usia beza bulan je

ni kat mydin mall, train
kemain adik yang jual eh kita ada train frozen, takper dik tak nak, anak akak lelaki.
yeke (banyak kali dah org ckp benda sama)

ni kat rantau panjang.
nasik baik murah je. 

hiii, bulan ni kita masuk 2 tahun. im such a happy and good boy



Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot