Skip to main content

anakku 9 bulan dahhh

Assalamualaikum semua,

Minggu ni macam minggu berkabung untuk rakyat Malaysia dan muslim. Aku malas nak ulas panjang cuma aku nak semua orang sedekahkan AL-Fatihah kepada semua penumpang dan petugas #MH370, penyokong Morsi #IM529 dan yang terbaru pagi tadi one of the favorite blogger amischaheera. AllahuAkbar, darinya kita datang, darinya jugak kita kembali :(

Aku tak sanggup nak ulas panjang sebab hati akan sebak. Hidup perlu diteruskan cumanya harap kita mengambil iktibar supaya diri kita lebih dekat kepadaNYA. Amin

Hadif dah 9 bulan kelmarin, oh how time flies. Tapi dia dapat hadiah tak best iaitu chicken pox, awal kan.
Mula-mula hari Jumaat haritu, die demam, memang panas demamnya. tapi aku dah tak nak jadi mak yg kalut, demam je pegi jumpa doc. dulu masa dia first time demam (aku macam orang gila nangis-nangis sampai kena marah ngan husband...hahaha)

sebab kalau jumpa doc pun dia tak bagi ubat sebab baby tak elok makan ubat. so, aku banyakkan bagi susu, setiap sejam aku bagi (dan dia memang kuat menyusu) sampaikan nenen aku lembik selembiknya *agak lucah ye*. lepas tu aku bagi air putih banyak-banyak (hadif tak diberi color water lagi setakat ni).

hadif kuat makan orangnya, ko suap la apa saja kompem dia nganga mulut. nasi, biskut, roti, buah semua dia telan. alhamdulillah, dia tak memilih makan dan itu mmg memudahkan aku utk bagi dia makan. selalunya aku bagi bubur dan letak ayam dan letak buah. walau demam dia still makan cuma tak banyak.

so back to demam story, dia demam jumaat, mmg panas lah. sabtu pun demam. aku check termometer 39.9 (memang tinggi kan) tapi dari pembacaan yg aku baca baby 6 bulan ke atas, jangan tengok sangat suhu tapi reaksi dia terhadap suhu. kalau suhu tinggi tapi dia still active, still minum susu, still makan macam biasa, insyaAllah tiada apa-apa.

aku risau tapi aku bgtau tunggu 3 hari then baru aku check. hari ahad dia dah tak demam tapi muka dia merah-merah. serious, aku langsung tak expect campak, aku ingat dia allergy since dia makan macam-macam, semua aku makan aku bagi (-__-).

masa tu mama aku tak ada, dia fly kl. apabila mama aku check, dia bgtau memang campak. so, sekarang nak tunggu semua keluar, baru nak mandikan dengan air kelapa untuk mengelakkan parut. hopefully campak dia cepat-cepatla hilang.




p/s: TRW kalah, mak is kecewaaaaaa

Comments

Rina Hamid said…
alolo siannye hadif. smoga cepat sembuh ye. xpe kena campak pasni xkene dah.
shida idris said…
tq rina...sekejap je campak dia, dua hari je. hari ketiga terus hilang..hehe

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot