Skip to main content

happy 1 year 6 months my baby

Assalamualaikum semua,

Aku doakan semoga pembaca blog dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan diberi kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Satu lagi, jangan lupa bersyukur, bila bangun pagi, sebut alhamdulillah, bernyawa lagi harini, dan tengok orang sebelah pun masih lagi bernyawa. Tu nikmat paling besar, betul tak?

harini aku nak cerita pasal hadif. takkan nak cerita pasal kek oren coklat je kan. Alhamdulillah, setiap hari memang ada orang beli. sekarang aku dalam proses nak luaskan pasaran ke kedai runcit, petrol station dan juga restoran. aku kena pilih-pilih jugak yang popular dnn dikunjungi ramai barulah cepat laku kan. once dah confirm, aku akan announce.

25 disember ni hadif akan setahun 6 bulan. tak percaya kan, betapa cepatnya masa berlalu. kadang-kadang apabila aku tengok hadif, rasa macam tak percaya dia dah besar. masih lagi tak boleh bercakap secara fasih, sekadar mama, daddy (daddy boleh pulak dia sebut tapi kalau suruh panggil mommy, dia sebut mama (-__-)), nak, tok, jatuh. semua tu perkataan yang dia biasa sebut.

masih lagi banyak makan dan tak pernah memilih makan. alhamdulillah, suap buah makan, suap sayur makan, suap nasik makan. eh, semualah. cumanya kalau suap benda yang tak best, macam haritu aku suap peria dan bubur asyura, first time dia makanlah tapi second time dia akan refuse, caranya senang je, dia geleng kepala atau dia jelir lidah.

tapi buah yang dia paling gemar, buah anggur. pantang tengok, mesti nak makan. benda-benda crunchy like kerepek, keropok memang feveret. kalau nampak, mesti mintak je memanjang. aritu aku suap nasik lambat pada dia, dia tengok je nasik, dia telan air liur beberapa kali (memang lawak, kalau korang tengok live).

tapi tapi sekarang dia dalam phase mengganas, nak panjat sana, nak terjun sini, nak buat flip belakang. seram sejuk aku tengok.

gambar-gambar hadif, tapi tak ikut turutan. redha jelah ye (-__-)









i love u sooo strong baby

Comments

nurkaloi said…
baru dapat kaki...mmg panjat sana pnjat sini laa hehe penat layan
shida idris said…
hehe.boleh kaki dah lama dah tapi kaki baru nak gagah..hihi

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot