Tuesday, December 1, 2015

nasi kerabu, nasi sup, western food dan nasi ulam yang sedak di kelate. SENGOTI SEDAK

Assalamualaikum semua,

Semoga pembaca bolg aku ni dipermudahkan segala urusan dan kaya berjaya di dunia dan akhirat.

Harini aku nak cerita topik yang best iaitu pasal makanan. atau lebih tepat lagi tempat makanan menarik di kelantan. ini adalah pandangan pribadi aku ye based on rasa, harga, servis dan tempat. aku seorang yang tak fussy bab makanan, bagi aku rasa tak perlu terlalu gempak asal servis cepat dan tempat sesuai untuk family, mmg akan jadi favorite aku.

since banyak sangat makanan menarik dan sedap di kelate nieh, aku bahagi ikut jenis-jenis makanan. haaa...rajin tak mak since ada orang request.


1) NASI KERABU

i) nasi kerabu azma

yang ni memang best dan favorite ramai. tapi azma punya nasi kerabu golok sebab tak ada tumis. kedai kat pasir pekan sebelah stesen minyak esso. aku dah baaaaaanyak kali makan since hari-hari memang lalu kat kedai tu dari office ke rumah. sampai dah muak...hahaha.

kedai dia sentiasa penuh orang, salah satu penyebab kenapa aku malas nak berhenti kedai tu sebab terpaksa menunggu lama. sorang-sorang cust bukan datang beli sebungkus dua, tapi 5,6,10 dan lebih dari itu dan harga memang murah. nasi kerabu satu lauk hanyalah RM3 sahaja.

RECOMMENDED sebab sedap, murah dan berbaloi.




ii) nasi kerabu yati ayam percik

orang kata jangan jadi orang kb kalau tak pernah makan kedai ni. antara kedai lama dan famous di kota bharu ialah yati ayam percik. memang sedap tapi agak mahal (berdasarkan rate makanan kelantan).

aku suka jugak makan sini dengan husband sebab dia suka ayam percik sini. nasi kerabu dia best cuma kerabu dia agak kasar sikit. aku selalu makan ayam percik dan daging bakar. tapi satu je aku tak suka kedai ni iaitu tempat tak selesa. dah beberapa kali pergi tapi still masalah sink tersumbat dan paip bocor tak settle sampai sekarang.




2) NASI SUP

i) nasi sup lido

kedai ni sentiasa penuh orang. memang tarikan lah sebab kedai tepi jalan. apa yang tak best kedai ni sebab panas dan kedai self-service. aku malas skit kedai yang kena amik order sendiri nih. tapi makanan boleh tahan lah dan sup macam biasalah sup saja RM6, belum campur nasi dan lauk.




ii) nasi sup abe jeng

haaa...ni kedai feveret aku dan suami. kedai dia dekat berek 12 je. lepas moksu nab nasi air belah kanan, dia belah kiri depan sikit sebelum traffic light. kedai takder signboard pun dan sebelah kedai jual frame.

tapi sup, goreng-goreng, paprik memang sedap. telur dadar dia the best. serius, dia bukan telur dadar biasa, dia ada letak campuran perasa rahsia. tak percaya boleh try. harga pun memang murah.

apa yang aku tak suka, kedai ni agak sempit dan tak sesuai untuk makan-makan dengan family ramai dan anak kecil.

RECOMMENDED : sedap dan murah

nak tunjuk suasana kedai dio
ni gambar lama, masa ni aku preggy 

nampak biasa je nasi goreng dia kan tapi sedappp

tuuu tuuu telur dadar terbaik dari ladang



3) WESTERN FOOD
ni untuk penggemar western. sekali-sekala tukar selera apa salahnya kann. banyak dah cafe hipster di kb tapi apa yang aku recommend adalah berdasarkan suasana kedai, servis, harga dan rasa.

i) Cafe Jiran

ni memang feveret. restoran dia cosy, pekerja ramah dan makanan sedap. harga pun berpatutan.
chicken chop RM9.90 je. kira oklah tu kan memandangkan kedai dia besar dan boleh muatkan ramai orang. aku paling suka mushrom soup dan garlic bread. serius terbaik, dahlah murah. setiap kali pergi, mesti aku order dua benda ni. garlic bread buat sendiri ye bukan beli siap same goes to mushroum soup.

makanan lain pun banyak yang sedap and in fact kedai dia ada pizza yang akan dibuat upon request pun sedap. creamy white spagetthi dia sedap.

RECOMMENDED : suasana santai,cosy dan sedap

kedai dia dari bahagian dalam

dari bahagial luar

mushroum soup and garlic bread yang sedapppp

ni creamy spagetthi, makan rumah ni esok harinya sebab tak habis. pun masih sedap

ii) burger mat salleh

ni pun sebab viral so aku nak try since orang kata sedap. aku makan spagetthi lala, spagetthi beef, burger and waffle. baru first time makan. aku paling suka waffle sebab crunchy dan tak muak. selalunya yang aku makan di a&w atau kedai lain nak habiskan punyalah siksa tapi yang ni tak.

patty burger to homemade ye. special lagi kedai ni kedai dia tak pernah tutup ye. diulang tak pernah tutup walau hari raya. apa yang aku tak suka kedai ni ialah makanan dia agak pricy dan tempat yang tak cosy.



NASI ULAM

i) nasi ulam kepala gertok salor.

kedai dia lepas sikit je kepala getok salor, sebelah kanan. memang famous dan sedap. sentiasa penuh orang. makanan sedap dan murah. aku suka patin masak tempoyak dan lala.

RECOMMENDED : sedap dan berpatutan

nilah kedai dia sentiasa ramai orang.

pelbagai pilihan lauk pauk


ii) nasi ulam cikgu


yang ni tak perlu diperkenalkan lagi since memang famous amos. mana-mana tourist mesti nak makan sini sebab tempat yang strategik, tengah bandar kota bharu dan suasana yang cosy dan menarik.

dah lama sebenarnya aku tak makan sini, dah bertahun-tahun since kecewa dengan rasa makan yang semakin menurun. patin sini tak sesedap nasi ulam salor tuh. tapi anda kena try dan cuba compare ye.

sambil makan, sambil jalan-jalan

pun sentiasa pack

antara masakan.




1 comment:

cik hani said...

alahai..sedapnya..

pelanggan pun ramai ye...