salam perempuan, gadis, wanita dan awek comel sekalian
entri ni ditujukan khas untuk perempuan yang belum kahwin tapi yang dah kahwin nak baca dan komen pun boleh jugak...hehe. aku rasa semua orang ada perkahwinan impian kan, dan perkahwinan impian korang mestilah yang grand je kan. mana main yang biasa-biasa apa kelas u olls (ke ada yang ada x ada impian macam tu, aku memang salute ah)
aku antara perempuan-perempuan yang dari kecik sehinggalah sekarang mengimpikan majlis yang grand, sekali seumur hidup katanya. kalau boleh, semua nak perfect dan mahal dari hantaran, persandingan, door gift mekap, pakaian dan semuanyalah
aku selalu berangan nak jadikan perkahwinan yang terbaik, yelah supaya dikenang seumur hidup, supaya dicanang oleh orang kampung dan supaya orang yang datang perkahwinan aku akan cakap "grandnya ko kahwin nok, kelas ko". bangga kan, ye memang bangga tapi bangga yang sekejap saja sebab lepas tu banggalah ko mengadap, membayar hutang
banyak kawan aku kahwin dan buat pinjaman which is i really hate it. walau aku nak kahwin yang grand, aku memang x setuju nak buat pinjaman sebab aku tau benda ni akan menyusahkan diri di kemudian hari. tapi mana nak cekau cash RM30K (itu bajet aku dulu)
tapi lepas aku baca blog ni dan dia punya entri, hati aku jadi celaru, otak ligat berfikir dan mulut aku terdiam. which is really a wake up call for me.
kenapa aku nak susahkan diri nak cari duit nak buat perkahwinan yang paling grand sedangkan ko x pernah bagi perhatian pada rohani ko. ko x pernah bersedia nak jadi isteri yang terbaik? ko tak pernah cuba nak letakkan suami di tempat yang paling tinggi? ko akan mematuhi segala arahan suami selagi ianya x melanggar perintah agama?
ye, aku x pernah fikir pasal tu sebelum ni sebab aku x dibesarkan dengan cara macam tu. maaf, mama aku hhmmm mama yang terbaik tapi isteri? aku dari kecik rasa x salah seorang isteri melawan cakap suami kalau dia rasa pendapat dia betul. aku x rasa mengikut arahan isteri perlu sebab bagi aku semuanya bullshit. yup, bullshit sebab aku percaya pada hak sama rata.
aku malas nak tulis panjang di sini sebab apa yang aku nak stresskan di sini ialah isu perkahwinan yang bagi semua orang susah dari segi duit tapi bukan dari segi tanggungjawab. jadi, aku berharap dan akan terus berdoa sekiranya ditakdirkan aku berkahwin satu hari nanti, aku akan jadi isteri yang menurut kata suami walau apa pun arahan dia selagi ianya x melanggar perintah agama. insyaallah
p/s: janganle cakap kat aku, ko cakap senangla shida sebab x lalui lagi, dah lalui bertahun-tahun barulah ko paham.doakan aku semoga aku diberi kesabaran itu untuk menjadi isteri mithali
baca entri ni, nati korang paham apa yang aku cuba sampaikan
Comments