Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

dokoh patch yang laku keras bak ang - third batch

Assalamualaikum semua, Harini ada sikit masa terluang since separuh office aku tak ada sebab ada kejohanan sukan di sabah untuk seluruh perbadanan. aku tak join mana-mana sukan walau dijemput sebab malas...hahaha. start tahun depan, aku nak aktiflah dengan satu sukan. sebab kebanyakan sukan kat opis aku, pemainnya semua dah nak pencen and  ada a few yang dah pencen pun tapi tetap pergi. banyak benda sebenarnya nak share tapi selalu simpan dan simpan dan simpan, last-last tak tertaip pun. ok, mula-mula kita cerita pasal dokoh patch. yee, aku tak sangka dia punya respond memang power. hari-hari ye, hari-hari ada orang whatsapp aku tanya pasal dokoh patch. sampai satu tahap aku stress sebab kemain ramai nak beli tapi stok tak ada. mula-mula, aku beli almost 300 pcs, masa ni nak beli banyak tapi duit tak cukup (-__-). masa ni beli stok kat kl, sanggup tu naik lrt, then naik cab semata-mata nak pergi kedai supplier ni. kebetulan pulak, masa ni aku ada hal di kl. aku ni pulak ...

jaundice tips

Apabila anak jaundis. Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini. Berm ula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi. Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini. "Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!" "Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu." "Awak ni ...