Apabila anak jaundis.
Pengalaman keempat empat anak saya prolonged jaundice (dekat 2 bulan) membuatkan saya mahu mencari ilmu sebenar di sebalik isu ini.
Bermula kisah Fathi (2009) apabila hari kedua dimasukkan ke Nicu. Semasa itu saya masih naif tidak tahu betapa susahnya menyusukan anak di saat badan masih lagi sengal sengal belum dapat balik ke rumah lagi.
Bersalin di sebuah hospital kerajaan, tidur di Nicu dengan kerusi lipat jadi katil, barang keperluan yg tidak cukup, sejuk aircond malam, toilet yg jauh, makanan bungkus polisterin dan paling menyentapkan apabila staf nurse shift malam yg mengejutkan kami bangun setiap 2 jam dengan perkataan yg menghiris jantung ibu dalam pantang yg kepenatan ini.
"Bangun bangun! Susukan anak! Mesti habis 2oz ni. Jangan ngelat! Saya tahu siapa ngelat. Kita dah penat penat buatkan susu dia buang pulak!"
"Siapa tak susukan anak habis 2oz ni nak anak mati ke? Tak payahlah susu badan kalau takde susu."
"Awak ni ada susu ke tak? Kuning makin tinggi ni?! Awak nak tengok anak awak mati?"
Jika sehari dua kata kata sebegini diulangcakap, saya masih lagi boleh tahan. Tapi, bila masuk hari ke 4, nampak saja muka suami keesokan paginya airmata sudah tak tertahan lagi!
Saya menangis bagai anak kecil di hujung kerusi. Mahu balik bawa dengan anak kecil saya tak kira apa yg jadi. Nekad!
Kecoh jadinya Nicu pagi itu. Semua orang melihat saya dengan bermacam aksi wajah. Saya terus menangis menundukkan muka tidak mahu berbincang lagi dengan misi ataupun doktor.
Saya sanggup sain surat keluar hospital tanggung risiko. Tapi tidak berjaya kerana bacaan kuning fathi sangat tinggi! Mencecah 20.
Semasa itu, saya jadi terlalu konfius dan stres. Saya tak suka dipaksa dan itu anak saya!
Hinggalah datang seorang doktor pakar berbangsa cina yg katanya pengarah di situ merendahkan badannya untuk melihat mata saya dan bertanyakan nama staf nurse shift malam itu.
Tapi saya diam tidak memberikan sebarang nama.
Jika mahu tahu, bermalamlah di situ atau tanyalah ibu ibu lain siapakah gerangannya.
Doktor tersebut mencadangkan supaya balik ke rumah dulu dan berurut rileks tidur yg cukup.
Saya tetap tidak mahu kerana tak percaya kepada misi di situ. Empat hari di situ saya melihat sendiri bagaimana misi memberi susu kepada bayi yg ditinggalkan. Cara sendawakan bayi juga mahu jatuh jantung saya melihatnya.
Lama mereka memujuk saya. Semasa itu saya terfikir tiadakah yg dikenali sebagai rakan susu ibu yg boleh berikan pandangan ketiga?
Saya tidak kenal sesiapa. Tiada nombor untuk dihubungi supaya saya boleh dapatkan nasihat untuk susukan anak dengan betul. Anak pertamalah katakan.
Akhirnya, saya mengalah kerana terlalu penat untuk melawan lagi.
Balik ke rumah saya menangis lagi tanpa henti.
Apabila anak masuk kedua, Fatihah (2010), ia berulang kembali. Cuma saya sempat pulang ke rumah dan kemudian memilih untuk ke hospital berbayar supaya hati lebih tenang.
Anak ketiga, Fahmi (2013) sudah tidak sedih lagi dan bersedia secukupnya. Di hospital berbayar dan ambil wad seorang yg boleh letak bayi dan fototerapi di sebelah katil.
2014 barulah saya mendapat ilmu susu ibu seterusnya menjadi peer counsellor penyusuan susu ibu sepertimana azam saya satu ketika dulu.
Hanya selepas anak keempat, Farihin (2015) barulah dapat satu lagi ilmu yg sudah lama saya impikan selama ini.
Satu satunya ilmu yg amat berharga buat saya hingga mahu menangis saya dibuatnya! Ia umpama diberkati kerana akhirnya doa saya termakbul.
Kerana itu apabila Dr. Hairin Anisa buka 10 soalan berkaitan jaundis di grup geng pc untuk dijadikan rujukan aktiviti, saya terpaksa post soalan terlajak lebih kerana ia adalah soalan terkumpul hingga anak 4! Hihi.. Maaf kepada semua geng pc. 🙈
Melalui cakap cakap orangtua, hinggalah paling banyak membaca di FB membuatkan saya lebih tidak yakin selagi tiada fakta yg sebenar yg dapat menenangkan hati saya.
Ya, fatwa terbaik adalah hati. Dan saya perlu bertanya kepada "ahlinya" bagi menghormati ilmunya.
Bukan dengan mencedoknya di mana mana lebih lebih lagi menyamakan pengalaman dengan orang lain tanpa fakta yg jelas adalah proses tabayyun yg tidak betul.
Dan sekarang apabila terbaca tips peria katak yg direndam dengan susu kambing lalu dilumurkan pada badan bayi sebagai cara menghilangkan jaundis, ia membuatkan saya terlalu kecewa.
Apabila ada perkataan tips / cara, cepat sahaja tekan butang share tanpa bertabayyun dengan proses yg betul dan merujuk kepada ahlinya terlebih dahulu.
Selidikilah.
Membaca 5 cara bagi mengelakkan anak jaundis juga sudah lama saya amalkan tapi ia tetap juga berlaku.
Saya merayu. Mohon jangan cepat percaya!
Serba sedikit poin penting yg saya pelajari tempohari :
1. Kemuncak jaundis berlaku pada hari ke 7. Jika anak disahkan jaundis sebelum hari ke 7, adalah normal jika bacaan aob meningkat.
2. Prolonged jaundis berlaku apabila bacaan aob masih 10 ke atas selepas 14 hari.
3. Tiada apa yg dapat mengelakkan jaundis. Tiada juga amalan tertentu untuk menghilangkan jaundis dengan cepat. Ia bergantung kepada metabolisma bayi tersebut membina sel darah sendiri.
Lain bayi, lain tahap metabolismanya.
Tubuh badan manusia adalah berbeza antara satu sama lain. Jangan sesekali menyamakan pengalaman orang lain dengan diri kita.
4. Apabila anak jaundis, sentiasa perhatikan warna najisnya. Selagi ia berwarna itu ok. Jangan risau.
Pastikan anak bangun menyusu sekurang kurangnya 8 kali dalam 24 jam.
Kerapkan menyusu (tidak sampai 2 jam) jika anak menyusu direct tidak sampai 10 minit tiap sesi. Menyusu pada sebelah yg sama bagi membolehkan bayi mendapat hindmilk (pekat).
⚠Awas jika najis bayi tidak berwarna atau warna pucat. Perlu bawa berjumpa pakar kanak kanak dengan segera.
5. Prolonged jaundis mudah terjadi jika darah ibu O rhesus negatif. Bertenang. Ambil masa.
6. Apabila anak jaundis, ia hanya mengenai :
- teknikaliti penyusuan yg tidak betul seperti latching, masalah oral bayi, tidak mendapat hindmilk yg sepatutnya dsb
- ibu yg ada sejarah blocked duct atau bengkak susu (berpotensi bila anak kedua dan seterusnya)
- post partum issue seperti bleeding, stres dll
- jenis darah dan rhesus ibu vs bayi.
⚠Jika terpaksa meninggalkan anak di Nicu sementara ibu selesaikan masalah lain berkaitan teknikaliti penyusuan seperti engorgement atau blocked duct, minta susu diberi kepada anak menggunakan cawan atau sudu bukan guna botol! Ini bagi mengelakkan nipple confusion.
7. Apabila anak jaundis sebab utamanya hanyalah kerana bayi tidak mendapat hindmilk yg mengandungi banyak fat daripada lactose. Manakala foremilk (susu cair) mengandungi banyak lactose daripada fat.
Hanya susu ibu saja yg mengandungi fat (asid lemak yg tidak boleh didapati pada sumber susu lain).
8. Apa jua penggunaan / sapuan luaran juga mandian tidak membantu kerana tidak mengandungi fat untuk dicernakan bagi pengeluaran bilirubin. Malah lebih berbahaya kerana ia boleh menyerap melalui kulit dan boleh terjadinya keradangan.
Jangan pula jemur bayi di bawah cahaya matahari. Lapisan ozon yg semakin menipis hari ini (tidak seperti zaman dahulu) mungkin boleh menyebabkan kanser kulit pula.
9. Sebaiknya hubungi PC / LC berhampiran anda untuk mendapatkan bantuan dan sokongan kerana ia perlu dilihat apakah masalah teknikaliti penyusuan yg sebenar (isu berbeza dari seorang ibu dengan ibu yg lain) dan bagaimana untuk mengeluarkan hindmilk yg berada hanya di belakang foremilk.
Setiap isu itu unik.
Jangan sesekali pukul rata semua isu berpandukan pengalaman peribadi.
Ia mungkin baik untuk dia belum tentu baik bagi anak kita.
Keep calm and continue bf...❤❤❤
Pesanan penaja :
Burpkan baby selepas menyusu tidak kira direct atau botol. Tidak kira juga ketika di rumah atau dalam kereta. Pastikan anak burp. Wajib!
Burpkan baby selepas menyusu tidak kira direct atau botol. Tidak kira juga ketika di rumah atau dalam kereta. Pastikan anak burp. Wajib!
perkongsian dari sahabat fb https://www.facebook.com/khadijah.gani, sangat-sangat berguna sebab Hadif pun prolonged jaundice.
Comments