Wednesday, May 20, 2015

now, everyone must bekam

Assalamualaikum semua

Aku doakan semua pembaca aku dirahmati oleh Allah SWT dan kita semua akan masuk syurga tanpa dihisab. 

since aku terima banyak respon positif berkenaan bekam, meh aku cerita sikit pasal bekam. sebenarnya dah lama abah aku buat bekam ni tapi biasalah sebab aku tak berapa rapat dengan abah aku, so aku tengok jelah awal-awal. abah aku memang dah banyak kali suruh aku pergi kelas bekam. in fact abah aku pun dah beberapa kali pergi kursus bekam. boleh dikatakan kalau kursus bekam tu macam dip, degree, master and phd, abah aku ni tahap phd dah. bukan setakat bekam, abah aku boleh ajar orang untuk berbekam.

jadinya, aku pernah cuba sekali dulu masa belum kahwin. aku try 4 cup di belakang. masa try nieh, darah yang keluar cair. so, maksudnya aku ni sihat. since hari tu sampailah yang aku buat terbaru iaitu beberapa hari lepas, aku dok ingat aku sihatlah sebab tak pernah sakit teruk, tak pernah demam cuma sakit lite-lite macam pening, batuk dan selesema.

tapi lepas beranakkan hadif, aku pernah beberapa kali sakit like sakit kepala, sakit perut dll which is something new for me. aku pun suruh adik aku bekam di kepala dan belakang. MAIGOD, the result was bad. yes, keluar ketul darah pekat di kepala yang boleh dikatakan besar. bukan satu tapi dua (since aku cucuk 3 kali je). darah ketul kedua aku tak ambik gambar sebab geli.

ni ketul pertama. ketul kedua lagi besar

then, mmg boleh rasa perubahan sebab badan memang akan rasa ringan. serius tak tipu, in fact ramai kawan aku yg berbekam mengakui dia punya result. ni aku list kan beberapa soalah yang selalu org tanya pasal BEKAM

gambar google
bekam di kepala
tengok darah berbuih-buit tu maksudnya dia ada masalah sakit kepala


1) apa dia bekam 

Bekam ialah kaedah mengeluarkan toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit seperti yang dibuat oleh Rasulullah dan para sahabat

2) Apa yang boleh dubati dengan bekam

Terlampau banyak.
Daripada kajian-kajian perubatan, penyakit yang singgah dalam tubuh individu itu berpunca daripada toksin. Ia diumpamakan seperti sampah yang menyebabkan tiga pembuluh darah iaitu ateri, vena dan kapilari menjadi sempit dan lemah hingga tidak mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna. 

Apa yang membezakan setiap pesakit ialah tempat-tempat toksin itu berkumpul hingga menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti gout, kencing manis, jantung, darah tinggi dan buah pinggang. 

ika toksin banyak berkumpul di kepala, sakit kepala mudah datang, akan cepat mengantuk, tumpuan akan hilang, susah untuk tidur dan pelupa hingga menyebabkan darah tinggi dan akhirnya strok. “

malah bukan setakat itu, bekam juga elok untuk mendapatkan zuriat. 

3) sakit tak bekam

Ya Allah, mama aku yang penakut tu pun selamba berbekam. Kalau langsung tak rasa sakit tu tipulah tapi sakit yang boleh tahan. aku percaya perempuan yang dah kahwin dan beranak, lagilah boleh tahan sakit bekam, sebab kalau kita pernah melahirkan anak, sakit bekam ibarat sakit kena gigit semut je.

4) berapa kali kena buat

bergantung pada sakit. janganla buat setahun sekali, at least, setiap 3 bulan


pada yang berada di sekita Kelantan boleh call abah aku. abah aku ada pusat bekam di bandar pasir mas. pada yang perempuan pula, insyaALLAH aku cuba untuk belajar ilmu berbekam ni sebab aku kagum dengan manfaatnya.

call abah aku pada yang serius nak sihat

0139841414
0139841414


2 comments:

Mohd Shubhi said...

Seumur hidup belum pernah lagi cuba Bekam ini, nak cuba juga satu hari nanti.

Shida Idris said...

Assalamulaikum EN Shubhi, terima kasih kerana sudi mengomen. memang kena try sbb terlalu banyak manfaatnya.