Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

kerepek segar, sedap dan rangup. krap krup krap...prapppp

Assalamualaikum Aku doakan pembaca blog aku sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNYA. Alhamdulillah, dengan segala nikmatnya. Memang banyak nikmatnya apatah lagi di bulan puasa ni memang banyak berita baik yang aku dapat. Alhamdulilah, alhamdulillah. Rezeki datang tak putus-putus, tak kisahlah duit ke, makanan ke. harini dapat 'cara berlauk'. kalau bulan puasa, almost hari-hari aku dapat makanan free. kelmarin, dapat akok dan kurma sebekas. Moga kita sentiasa dilimpahkan dan diberikan rezeki yang luar biasa, insyaAllah. harini aku nak bercerita pasal salah satu makanan favorite aku. favorite ni tahap kalau ko tengok mesti nak beli dan makan. walaupun sebenarnya dah kenyang tapi mesti nak jugak rasa skit. kalau musim perayaan ada dua makanan wajib aku beli. walau dah berlambah kuih raya tapi dua benda ni kena ada. satu biskut kacang (yang timbang tu...pergghh memang sodap) dan satu lagi kerepek ubi. kerepek ubi semua perasa pun sedap bagi aku, yang racik ke, yang...

WAN ARJUNA HADIF turns 2

Assalamualaikum, Aku doakan pembaca blog ni kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Alhamdulillah, jumpa lagi kita dengan Ramadhan. dalam kta sibuk nak gandakan pahala, nak sembahyang terawih 20 rakaat, nak khatam Al-Quran, nak sembahyang dhuha dan tahajud setiap hari tapi jangan dilupa benda yang haram harus ditinggalkan. Kadang-kadang kita (akulah tu) suka buat benda yang sunat tapi benda yang wajib agak kurang dijaga manakala benda yang  haram masih dibuat. Sebabnya kebaikan tu bukanlah diukur semata-mata dengan banyaknya amalan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang tetapi ianya diukur dengan banyaknya dosa dan amalan jahiliyah yang ditinggalkan. Astagfirullah Tapi harini aku bukan nak jadi ustazah sebab aku pun banyak kekhilafannya cuma nak sama-sama berpesan ke arah kebaikan. Harini sebenarnya aku nak cerita pasal hadif. Alhamdulillah, harini dia 2 tahun.  ingat lagi time pregnantkan dia, time beranak sorang-sorang, doc pulak orang negro hitam. sakitnya hany...

cukai wajib

Assalamualaikum Aku doakan semua pembaca aku dirahmati olehNya. harini nak citer pasal cukai tapi bukan pasal GST ye. nak muntah aku baca pasal GST kat timeline fb. setau aku, yang dah beberapa kali pergi seminar GST ni GST ni ada 3 kategori iaitu , raw food atau barangan asas ialah zero rated  GST tapi tetap ada kenaikan harga. top up lagi best, mula-mula ada, lepas tu batal, lepas tu ada pulakk. apa-apalahh, kita hanya boleh redha jelah kan. selingan dari website GST 36. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin? Tiada kajian sedemikian pernah dibuat. 37. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Penambahan amaun BRIM sebanyak RM300 memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah. (-___-) ni aku nak cerita, cukai wajib dari anak aku. sekarang ni kalau keluar je mesti kena cukai. hamboiiih dia pan...