assalamualaikum mommies, daddies and all, sekarang aku kat kelantan dah. dah start bercuti panjang, tengah menunggu bila masa nak beranak. hari-hari check kot-kot ada leaking disebabkan air ketuban atau darah. nan hadooo, sakit pun belum rasa lagi. orang kata sakit contraction iaitu sakit kat pinggang, aku belum lagi rasa sakit kat pinggang tapi kalau pinggang rasa nak patah sebab badan x mampu tanggung berat aku, haaa itu memang selalu. adik-adik aku semua gelak cara aku berjalan. siap nak ambik video..hahaha. aku kalau dah duduk dan nak bangun semula, memang hazab. tapi kalau dah jalan, ok je. dalam pada aku x sabar nak beranak, aku jugak takut nak bergelar MOTHER. word MOTHER seems so meaningful and big to me. serius, aku kadang-kadang rasa x layak nak jadi mak orang ni. sebab yelah, aku x pernah jaga budak kecik ni sebab adik-adik aku semua dah besar. anak sedara pun aku jumpa sekali-sekala masa dia dah besar. jaga pun kejap-kejap je time mak dia mandi. apalah sangat...
biar badan kecik tapi hati kena besar