Skip to main content

9 months. oh yeah, cant wait (-___-)

Assalamualaikum u olls,


ok, bagi yang x tau atau memang dah tau sebab aku ada update kat fb dan ada daisy path belah kanan kat blog aku nieh. aku sekarang dah 9 bulan++.

dalam hati teruja sebab nak jumpa baby dalam perut yang aku dok cakap hampir hari-hari tapi dalam masa yang sama cuak, takut, gerun time nak deliver nanti. orang kata the pain is undescribable. ada yang diuji dengan sakit yang lamaaa, ada yang sedang, ada yang sekejap.

macam adik aku, 9 jam kot dalam labour room sebab bukaan 1cm sejam. datang sorang doc, seluk, datang sorang doc, seluk. dahla sakit....seriau...huhuhu. ada pulak kawan aku kat opis 11 jam dalam labour room, sampai dia hampir trauma dan x terpk nak mengandung lagi for the second time for the time being.

ada sorang kawan aku, masa anak kedua sangat mudah. 3 kali teran dah keluar baby, lebih kurang setengah jam je dalam labour room. how lucky she is. aku harap delivery aku ni dipermudahkan oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah.

mungkin disebabkan aku petite, badan aku x mampu nak tampung perut aku yang makin membulat. aku sekarang berjalan sangat perlahan sekarang, ibarat penguin yang overweight. jalan sikit lenguh kaki. semalam balik nangis sebab kaki lenguh....hahaha *exaggerate betul*

semua kawan kat opis pakat suruh aku cuti awal-awal, bukan x nak tapi aku rasa macam lambat lagi. aku x pernah lagi rasa contraction tu, so cuti awal-awal pun nanti aku makan, tidur je kat umah. aku cuba gagahkan diri lagi berjalan sebab orang kata berjalan bagus supaya senang beranak.

doakan aku ye kawan-kawan

tengokla perut yang dah melayut tu.
kalau korang perasan, aku selalu pakai seluar mustard tu sebab itu je seluar yg selesa. seluar tu kalau sebelum preggy,
aku memang pakai ngan belt dan longgar. Thank GOD, i bought this jeans sebab dah macam seluar wajib aku time preggy...hahaha.

ni adik aku time akikah anak dia

anak adik aku, kitaorang panggil oppa. x sampai berat dah 4kg lebih ye...hehehe





Comments

ddjfr said…
dd dulu,masa anak pertama 12 jam okay duduk dalam labour room.10 pagi tu bukaan dah 4cm tapi 10malam baru boleh bersalin.

anak kedua,masuk labour room jam 2 ptg,pukul 4 dah bersalin.

anak ke3 masuk labour room jam 11 pagi dan bersalin 4.30 ptg.

hah.anak first memang lama kot.biasala kan.hahaha.anyway shida.semoga tenang menghadapi masa bersalin nanti.
shida idris said…
yeke *lap peluh*. amin, semoga dipermudahkan hendaknya
nora razalli said…
ouch!

dah bersalin ke belum ?
senyap je .
semoga dipermudahkan :)

please report this fan page .
pencurik gambar prempuan. tgkla kalau kot2 ad gmba korang sbb sy xkenal semua org dlm dunia ni :)

http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/jangan-post-gambar-lawa-kat-tempat-awam.html
shida idris said…
belum lagi yang...hehe

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot