Wednesday, January 4, 2012

2011 vs 2012

selamat pagi semua

mata dah mengantuk, tapi tu la hati badan x bergerak-gerak lagi dari lappy. nak tdo dah sebab esok ingat lepas subuh nak pergi jogging.....ffuhhh gile ah, kalu aku berjaya bangun esok dan pegi jogging memang boleh masuk paper front page. hahaha. doakan aku ye semoga tercapai niat murniku itu.

aku x nak cerita panjang-panjang apa yang berlaku sebab ianya ibarat membuka pekung di dada. orang-orang tua selalu pesan "jangan buka pekung di dada, lainlah kalau dada anda tu six pack" eh. sebab ianya macam bercerita keburukan sendiri yang mana diri sendiri akan malu kannnn.

apa yang berlaku kat aku sekarang sama macam tahun lepas. awal tahun lepas, berlaku satu perkara yang snagat mengejutkan dan menyedihkan bagi aku. berhari hari aku menangis dan perkara buruk berlaku lagi pada awal tahun ni. betul2 awal tahun.

aku tau ALLAH x akan menguji umatnya dengan ujian yang x mampu umatnya terima. aku redha dengan ujian tersebut tapi aku x tau samada aku ikhlas atau tidak. aku insan lemah, aku ingin mencari kekuatan dan kekuatan yang terbaik adalah mendekatkan dirinya dengan ALLAH.

doakan aku berjaya mengharunginya. AMIN YA RABBAL ALAMIN

No comments: