haha...kita bukak cerita dengan gambar dulu yee |
aku tak boleh tido la, ni semua disebabkan kopi yang aku minum malam tadi. sebelum ni, aku tak der masalah untuk tido, siapa kenal aku taulah yang aku memang *pakar tido* telan la apa saja, duduk kat tempat asing, perut lapar tapi kalau aku mengantuk, memang aku boleh tido dengan senang tanpa masalah.
sebelum ni aku buat kopi pun sama, aku ingat sekali tu saja, ni kali kedualah aku terkelip-kelip tengok kipas. tapi kali pertama esok kerja, so aku paksa jugak diri tido, kali ni malas. aku pegi amik roti sapu susu pekat sambil apa lagi ber blog kejap.
esok dahla aku ada wedding nak attend, kena bangun pagi...*pagi lah sangat*. aku nak cerita pasal anak malam yang tenang ni ye. kalau hadif ada, kang tersekat-sekat.
hadif sekarang sangat kelakar yee, sebab dia suka buat bunyi. bunyi macam menjerit melengking tu dan sangat kuat ye. malam-malam aku ngan dia compete each other sapa lagi kuat...hahaha. setiap kali dia buat bunyi mesti aku gelak sakan.
kadang-kadang sambil dia buat bunyi, dia buat muka geram , tak tau nak marah sapa, aku memang gelak gila kalau tengok dia punya reaction sbb memang kelakar abis.lagi satu dia suka buat bunyi seolah-olah dia menangis, walhal tak ye sebab nak aku dukung. memang kelakar. pak lawak anak aku rupanya (-__-)
walau dia tak boleh merangkak lagi, tapi dia hebat dalam berguling. aku sekarang takut je nak tinggal dia sorang-sorang sebab malam-malam aku bangun dia bukan atas tilam dia, ntah mana-mana dia berguling. last-last aku geram aku letak dia sebelah aku dan sebelah lagi bantal. senyap dia kat situ.
satu lagi, aku dah perkenalkan dia ngan solid food. aku memamng excited, macam-macam eating tools aku beli. sayur pun sama, aku beli carrot, pumpkin, brokoli and sweet potato. aku ingat hadif akan excited sama, rupanya tak (-__-)
mula-mula aku buat brocoli dan carrot tapi hadif macam tak suka. 3 hari jugakla aku sumbat, walau dua sudu kecik je tapi tak habis. aku sebenarnya nak biasakan dia dengan sayur dulu tapi since dia tak suka aku blend epal pada hari ketiga. memang dia makan dengan jayanya.
harini pulak aku buat dia bubur+pumpkin. dia macam tak suka jugak. aku kena campur bubur+epal lah jawabnya lepas ni. apa-apalah hadif asalkan makan.
mulut sexy, mommy tergoda |
nampak macam yummy peha dia tapi hadif bukannya montel sangat sebenarnya |
currentty favorite expression |
selfie...haha |
ni pic paling latest, 2 hari lepas |
gambar kepala saja dan kualiti teruk sebab pakai handphone murah...hahaha
hailah hadif pengarang jantung mommy and daddy
Comments