Assalamualaikum u olls,
sempena tahun baru ni, aku nak berubah. nak berubah dari segi segalanya. nak berubah 1000%
1) ROHANI/AGAMA
2) KEWANGAN/ INCOME
3) KESIHATAN
4) SAVING/ASET
5) KURANGKAN HUTANG
6) HUBUNGAN
banyak aku nak cerita. tak tau nak cerita dari mana. tapi aku nak mulakan dari segi kesihatan dulu boleh. sebab kenapa? sebab ianya PALING PENTING. macam mana ko nak bekerja kalau tak sihat? macam mana nak sembahyang kalau nak bangun pun susah? macam mana nak jaga anak kalau asyik terbatuk batuk.
korang pernah dengar tak satu ayat *orang yang tak sakit tak semestinya orang yang sihat*. akulah salah seorang tu, kalau korang nak tau, aku susah gila nak sakit. instead aku dah bertahun tak demam, rasanya lebih 5 tahun (-__-).
tapi sejak aku mengandungkan hadif, my immunity tak sekebal dulu. aku masih lagi pantang beberapa makanan like laksa, labu, cempedak and so on. cuma aku tak boleh tinggalkan ais. gila woo, aku pantang 44 hari je ais, lepas tu aku minum sampai sekarang. cuma tak sekerap dulu. aku dulu ais, boleh kata 3,4 kali sehari, sekarang aku buatkan 2,3 hari sekali.
tapi sejak musim panas kembali ni aku dah start gila ais, pagi pun rasa nak ais (-__-). fast food pulak aku hadkan sebulan sekali. junk food memang jarang sebab aku banyak makan roti dan biskut je.
tapi tulah, badan aku makin tua, aku dah 30-an walau ramai kata aku macam 20-an (sempat lagi masuk bakul sendiri) so aku nak lebih ambik berat. aku perasan badan aku tak macam dulu lepas beranakkan hadif, banyak tau, aku listkan okeh
1) batuk - aku rasa aku punya batu sejak raya haji lagi, ko bayangkanlah betapa lama. dia macam on and off. ada hari ok, ada hari ko
2) rambut gugur - serius banyak gila. dulu pun rambut gugur tapi sejak beranakkan hadif, lagiii teruk. sampai geli nak tengok lantai, kat mana-mana ada rambut aku
3) cepat penat - balik kerja je, rasa flat tak nak buat apa-apa dah, sian hadif aku tak pedulikan dia.
4) kulit kering - yeee, muka aku kalau pakai bedak/compact powder nampak memutih kulit kat dahi dan bahagian hidung
5) susu - korang tau kan, aku punya target nak breastfeed hadif sampai 2 tahun tapi sekarang susu aku dah drop. aku memang risau, takut tak sempat sampai 2 tahun.
6) berat badan - kalau korang nak tau, aku jenis yang susah gila nak naik berat. berat aku statik 37kg since more than 10 years. makan la apa saja, banyak mana, bila-bila memang tak pernah naik tapi lepas beranak berat i statik 40kg.
so untuk masalah di atas, apa aku buat. yes, i need to do someting and i already do something.
aku dah beli something supaya masalah di atas dapat diatasi. aku akan cerita hari demi hari okeh dia punya progress sebab aku tau ramai wanita especially dah kahwin and ada anak ada masalah yg sama kan...kan..kann.
ni masa baru lepas kahwin - slim tak i |
ni masa preggy 2 months sekarang baju ni dah sedekah kat adik, masih muat pakai tapi berbonjol sana-sini |
last pic preggy kat uniqlo fitting room aku naik 12kg |
see, nampak tak beza die |
harusla bagi yg paling cantik...haha kat perut tu banyak lemak lagi. target 3 kg, i nak badan macam dulu...tak kiraaa |
korang tunggu next episod okeh samada aku berjaya atau tak yee...tungguuuu
Comments