Assalamualaikum semua,
UPDATE: STOK BARU (3rd BATCH) DAH SAMPAI YE KELMARIN (29/3/2016). SO, SILA WHATSAPP SEGERA SEBELUM KEHABISAN SEBAB TRACK RECORD SEBELUM NI MEMANG LAJUUU JE ORANG BELI ONCE STOK BARU SAMPAI.
ni antara contoh stok baru yee
WHATSAPP 0139729066
WHATSAPP 0139729066
Harini ada sikit masa terluang since separuh office aku tak ada sebab ada kejohanan sukan di sabah untuk seluruh perbadanan. aku tak join mana-mana sukan walau dijemput sebab malas...hahaha. start tahun depan, aku nak aktiflah dengan satu sukan. sebab kebanyakan sukan kat opis aku, pemainnya semua dah nak pencen and ada a few yang dah pencen pun tapi tetap pergi.
banyak benda sebenarnya nak share tapi selalu simpan dan simpan dan simpan, last-last tak tertaip pun. ok, mula-mula kita cerita pasal dokoh patch. yee, aku tak sangka dia punya respond memang power. hari-hari ye, hari-hari ada orang whatsapp aku tanya pasal dokoh patch. sampai satu tahap aku stress sebab kemain ramai nak beli tapi stok tak ada.
mula-mula, aku beli almost 300 pcs, masa ni nak beli banyak tapi duit tak cukup (-__-). masa ni beli stok kat kl, sanggup tu naik lrt, then naik cab semata-mata nak pergi kedai supplier ni. kebetulan pulak, masa ni aku ada hal di kl. aku ni pulak jenis, kalau dah membeli kat satu supplier akan stick supplier yang sama. then, stok hampir nak habis, ada 2 design je yang available.
so, aku tanyalah first supplier bila nak ada stok baru. dia pulak memang tokey besar yang pergi sendiri china dan pilih sendiri. tunggu punya tunggu yilekkk. whatsapp tak balas, aku siap call ye (walhal sebelum ni mana aku pernah call semata- mata nak membeli) tapi tetaplah no respond. geram, marah, sedih semua adalah since yelah aku ni beria kot nak membeli tapi orang di sana macam tak nak menjual. mentang-mentang dia makin hebat dan membesar, pandang kecik je ngan orang macam aku.
tapi aku tak putus asa sebab demand tinggi kan, ramai yang nak, cari punya cari jumpalah satu supplier ni, alhamdulillah. restock for second batch 500 pcs sebab masa tu stok kat tangan dia pun dah sikit. tapi tak sampai 2 minggu dah hampir licin. semalam, baru je whatsapp bagitau stok dah ada tapi tuan punya tak ada sebab berada di bali. nyampah le ngan akak ni, kita ni nak jual minggu ni jugak since minggu gaji kan, komfem berdesup orang order.
takper, kita tunggu minggu depan dan restock yang cun-cun punya. dalam masa sama jugak, tengah ushar supplier kedua sekiranya stok yang nak tak ada. sebab ramai request nak butterfly.
UPDATE: STOK BARU (3rd BATCH) DAH SAMPAI YE KELMARIN (29/3/2016). SO, SILA WHATSAPP SEGERA SEBELUM KEHABISAN SEBAB TRACK RECORD SEBELUM NI MEMANG LAJUUU JE ORANG BELI ONCE STOK BARU SAMPAI.
ni antara contoh stok baru yee
corak ni besar tau, sesuai tepek di lengan baju. panjang 13cm |
corak rose - yang ni pun sweet sangat |
ni pun corak baru, kaler grey tu paling menyerlah dan cantik sangat |
butterfly pun ramai yang request |
WHATSAPP 0139729066
nah belanja gambar tuan tanah dan adik tuan tanah sekeping
im wearing glitter patch 2 silver nih corak paisley, tampal dalam keadaan rushing macam tu lah..haha |
glitter patch 1 silver adik aku munira |
Comments