Skip to main content

Posts

pernah makan lokching?

Assalamualaikum, Aku doakan semuanya sihat dan bahagia ye dan juga kaya dan berjaya. tak kisahlah anda makan gaji atau buat bisnes tetap kena kaya dan berjaya sebab kita orang Islam, orang Islam kena lebih kaya dan berjaya dari bangsa lain, barulah kita lebih dihormati, betul takkk. lagipun muslim yang kaya tu 1000 kali lebih baik dari yang miskin, kenapa? cuba pikir sendiri, kenapa? cecece...kemain lagi bagi tazkirah. arini ada masa terluang sikit so aku nak tanya something. siapa kat sini suka makan lokching. apaaaaaaaaa, tak kenal lokcing? ok, satay ikan, kenal? ooooo.. samalah tu. orang kelantan panggil lokching, org luar panggil satay ikan, aku ni memang hantu lokchin, dia jenis yang kalau ko tengok orang jual je, ko nak beli walau perut dah kenyang tapi nak jugak makan sebatang dua. tapi masalahnya lokching ni kalau tak pandai buat, memang turn off sebab pernah aku beli yang di kl, lokching dia dahlah kecik, makan-makan rasa tepung je. sos pun tak sedap, MEMANG TURN O...

hadif turns 1

Assalamualaikum semua, Hadif dah setahun 2 bulan baru nak ceita pasal nieh...hahaha. lantakle labu, asal ada cerita ye dop...hihi. biasalah mommy memang sibuk kan, walau anak sorang je macam jaga anak 6. macam manalah mama aku boleh jaga kami adik beradik 6 orang dulu. hadif macam biasa tetap suka makan, apa saja yang disuap dan di atas lantai. alhamdulillah, lepas makan kompem berak, dan 'memang busuk' sebab semua benda dah makan kan macam orang tua. cumanya minggu lepas hadif tak sihat. sakit kaki, tangan dan mulut. kemain risau aku, hari khamis malam (malam jumaat) badan dia dah panas. then, jumaat memang demam, family aku yang lain semua keluar tapi aku dan hadif je dok rumah. masa tu dia dah cranky tapi aku menyusu banyak-banyak. hadif kalau demam, memang aku akan bagi susu lebih kerap. malam tu which is malam sabtu, dia menangis tak berhenti. tidur sejam, bangun nangis sampailah ke pagi. aku memang tidur tak lena sangat malam tu. pagi tu, aku ajak husba...

PREVENTION better than CURE

Assalamualaikum semua, Alhamdulillah, nyawa lagi kita harini kan. Setiap kali, bangun pagi sepatutnya kena bersyukur sebab masih bernyawa dan orang sebelah kita pun masih lagi bernyawa. Kadang-kadang apabila dikurniakan tubuh badan yang sihat, kita jadi alpa dan take for granted sebab kita tak tau betapa mahalnya SIHAT tu. Tapi apabila kita pergi hospital, melawat orang sakit, dengar ceramah kesihatan barulah kita cakna sikit tapi tulah selalunya sekejap jelah kesedaran tuh. Akulah salah seorang yang mengabaikan kesihatan tuh, sebab aku ni Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik dah bertahun-tahun. Tapi tadi ada dengar talk dari orang MAKNA. MasyaAllah apa yang dia bagitau memang bagi tamparan pada aku supaya beringat dan menjaga kesihatan. Apa yang dia bgtau yang suka aku nak share ialah tentang PREVENTION: PREVENT overweight and obesity - kena tau berat sesuai dengan ketinggian  BE physically active - cuba banyakkan berjalan DITCH junk food - kalau boleh...

YUHUUUU.........IM BACK

Assalamualaikum u olls, Semalam dapat computer baru, alhamdulillah. Lepas ni akan mula aktif berblogging, insyaAllah. Ko jangan cakap saja shida, buatnya tak, baiklah. Mula-mula nak cerita pasal hadif, kesian dia sejak demam haritu, dia agak cranky. tak tau kenapa, tapi asyik merengek dan menangis. bagi makan pun nangis, mandi pun nangis, dukung pun nangis, main pun nangis. which is not his attitude. Hadif anak yang amat menyenangkan sejak lahir sampailah sekarang, Alhamdulillah. dari berpantang sampai sekarang memang senang nak jaga dia, bawak dia keluar, bagi makan. sebab hadif hanya akan menangis kalau dia nak tidur dan tak sihat. selain itu, dia boleh main sendiri atau main dengan abang adam (sepupunya). kalau suap makan, memang dia akan buat muka cheeky sambil mulut berdecit-decit bunyi, memang kelakar gila cuma lately dia tetap makan tapi nangis. sampai kena marah dengan tokki (abah aku) sebab asyik merengek. masa demam tu oklah sebab dia tak sedap badan, tapi ni d...

hadif 10 months,cepatnyaaa masa berlalu

Assalamualaikum u olls, Baru je update pasal hadif 9 months, minggu ni hadif dah 10 months. nampak nauu kemalasan update blog aku begitu terserlah. Harini ada masa sikit, jom aku update pasal hadif.  aku happy sekarang kat kelantan, dok ngan parents, mauuu tak happy . oh, btw adik aku munira yang mengajar di sabah dah boleh trf ke kelantan. start sekolah baru semalam. semua terkejut kenapa adik aku cepat sgt dapat balik kelantan, walhal tak sampai 2 tahun dia mengajar di sana. ntahle, rezeki dan of course adalah guna orang dalam...hahaha setiap minggu pasti aku akan jalan-jalan ngan hubby and hadif. kalau tak jalan-jalan, hubby aku akan mengamuk (-__-). last week, aku pegi di taman tengku anis. first time pegi, yes im such a noob. taman tengku anis tu taman permainan. memang besar dan happening. ada kereta kuda, ada kereta/motor mainan bergerak, ada haiwan, boleh main air ( tak besar pun tapi cukup buat kanak-kanak happy). kalau ada anak-anak yang 1 tahun ke atas ata...

hadif 9 months

Assalamualaikum u olls Dari sehari ke sehari semangat nak update blog kian berkurang. bukan tak ada masa tapi pemalas...hahaha. tapi aku akan gagahkan diri jugak nak update since nak update pasal anak kesayangan. hadif makin aktif lepas sembuh demam last week. hadif ni jenis budak baik (puji anak sendriri boleh kan, kalau bukan mak dia yang puji, saper lagi), dia jarang meragam like menangis sesuka hati. mamatok panggil dia * budok tok bunyi soro * (budak tak ada suara) sebab suara dia jarang berbunyi. dia gelak ke, dia joget ke tapi mulut tak berbunyi...hahaha sebenarnya dia berbunyi jugak tapi mostly depan daddy n mommy dia je. tak kisahlah kan. dia still tak gagah lagi nak berjalan, kalau berjalan sambil pegang-pegang boleh tupun tak lama. hadif kuat makan, kuat minum susu tapi badan still kurus. cukup suka suapkan dia makan sebab dia telan je apa saja.  mula-mula suap breakfast, lepas tu bagi bubur, lepas tu bagi minum petang ( benda lembik like akok, pulut, apa ...

gambar hadif

ni random pics hadif since 8 months until latest one yesterday piccas tesco kb meriah hari jumaat masa shopping di jakel for baju raya hunting cuddling time with daddy ni baru bangun, time for brekkie