Skip to main content

mommy to be and real mommy

assalamualaikum mommies, daddies and all,

sekarang aku kat kelantan dah. dah start bercuti panjang, tengah menunggu bila masa nak beranak. hari-hari check kot-kot ada leaking disebabkan air ketuban atau darah. nan hadooo, sakit pun belum rasa lagi.

orang kata sakit contraction iaitu sakit kat pinggang, aku belum lagi rasa sakit kat pinggang tapi kalau pinggang rasa nak patah sebab badan x mampu tanggung berat aku, haaa itu memang selalu. adik-adik aku semua gelak cara aku berjalan. siap nak ambik video..hahaha.

aku kalau dah duduk dan nak bangun semula, memang hazab. tapi kalau dah jalan, ok je. dalam pada aku x sabar nak beranak, aku jugak takut nak bergelar MOTHER. word MOTHER seems so meaningful and big to me. serius, aku kadang-kadang rasa x layak nak jadi mak orang ni. sebab yelah, aku x pernah jaga budak kecik ni sebab adik-adik aku semua dah besar.

anak sedara pun aku jumpa sekali-sekala masa dia dah besar. jaga pun kejap-kejap je time mak dia mandi. apalah sangat knowledge aku pasal budak. memang FAIL dan ZERO. 

lebih-lebih melihatkan keperitan adik aku yang bersengkang mata dan langsung tak tdo melayan kerenah anak dia. seram sejuk aku. anak dia tu memang jenis agak buat hal, bayangkan semalam adik aku langsung x tdo sebabkan anak dia merengek. x tau perut kembung ke, lapar ke, x selesa ke.

dah macam-macam buat hinggalah pagi tadi kul 8 pagi baru tdo. so, korang bayangkanlah dan bukan sekali ni je memang hampir hari-hari. orang kata baby buat hal time pantang je kan, ni dah lepas pantang pun sama. haih, kesian adik aku, aku mampu tengok je sebab baby dia nak didukung dengan cara berdiri.

kita duduk je dia nangis, sampai mama aku pun x tdo sama, sampai pening-pening orang tua tu. aku x taulah nasib aku macam mana tapi melihatkan adik aku yg menjaga anaknya baru 2 hari ni, aku dah seram sejuk....

BABY, as much as i cant wait to see u, please bear with mommy also ya. mommy dont have experience as a monther and zero knowledge about baby. Forgive me ya baby and please be a GOOD baby :)

Comments

NinaAz said…
Bestnyaaaaaaa..... selamat menjadi ibu. Doakan nina yeaaa. Supaya cpt2 lekat. Hwheeheew
nora razalli said…
ooo.
sure berdebar debar kan?
take care.
mmg kita 0 knowledge but nanti dah lahir baby ok la tu.(mk yg ckp)
hahaha

take care.
Han Hanni said…
semoga semuanya selamat ye kak..
shida idris said…
nina - insyaAllah, mesti ada lepas ni, kena cuba dan mencuba

ekin - kannn, harap sabar jelah

cik hani - tq dear

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......