Skip to main content

kisahku diviral oleh beautiful nara dan siakap keli

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmatNYA.

Yes, im still preggy, 39 weeks already. Tak ada tanda lagi baby nak kuar sebab aku belum lagi rasa sakit. Aku mintak sangat supaya minggu depan beranak. Tak maulah kena induce ke apa sebab sakitnya ya ampunn. walau tak pernah rasa, tapi baca dari pengalaman orang pun dah seriau.

Harini aku nak share pasal status aku hari Khamis di viral oleh Beautiful Nara (Amazing Nara), Siakap Keli dan satu lagi page (lupa nama sebab tak pernah baca). Famous kejap, kejap jelah. Perkongsian ringkas je tapi tak sangka ramai yang tak tau. Sebab tulah kalau boleh, biasakan diri untuk share tips atau apa saja maklumat supaya ianya boleh jadi ilmu baru kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa nothing je kan ilmu tu tapi bagi orang lain sangat berguna.

Korang dah baca belum, ni link ada di bawah:

1) Amazing Nara
http://amazingnara.com/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal-pasti-produk-kecantikan-yang-selamat/

2) Siakap Keli
http://www.siakapkeli.my/2016/08/wanita-ini-kongsi-tips-untuk-kenal.html

3) Kisah Benar

http://bacaviral.com/2016/08/wanita-ni-dedah-cara-mudah-nak-tau-produk-kecantikan-tu-bahaya-atau-tidak-jangan-terkejut/

Siapa yang tak baca lagi perkongsian ringkas aku tuh, boleh klik kat link tersebut okeh. Serius, tak sangka tips ringkas pun boleh diviral. Nasib baik viral benda yang baik kan. Alang-alang tu, meh aku share my pimple journey. Kemain lagi kan.

Ok, pada sesiapa yang tak tau, aku memang ada masalah jerawat teruk. Bukan aku saja, 4 daripada 6 adik beradik ku pun sama. Start je period, jerawat penuh naik kat muka. Self esteem tak yah cakaplah, memang kelaut sebab yelah perempuan tengah nak menggedik tapi muka penuh jerawat kecik dan besar. Sebab tulah time aku sekolah menengah takder orang nak mengorat (-__-).

Sampaikan ada sorang kawan aku pernah cerita (masa tu dia tak kawan lagi dengan aku) yang dia pernah termengumpat bagitau kawan dia yang lain, dia ni tuan kecik tapi jerawat besar. Time jerawat besar tu, pernah ada orang tegur 'besarnya jerawat dia'. Masa tu, aku rasa nak tumbuk je lelaki tuh dan diri sendiri.

Masa tu jugak, mana ada produk kosmetik macam sekarang. Aku pulak takder duit kan, harapkan duit mama n abah. Apa sangatla produk aku boleh beli. So, aku banyak mencuba petua orang tua-tua dari yang masuk akal kepada yang tak masuk akal. Ada sekali tu aku pernah tepek bawang putih, esoknya bangun muka aku macam kena bakar, ada tompok hitam di pipi, terus aku ke hospital sebab takut tengok muka sendiri...kahkah.

Setiap kali sembahyang, takder lain yang aku mintak, aku memang mintak jerawat hilang tapi jerawat makin banyak. Sebab tu, kalau korang tengok aku kat luar, boleh nampak betapa banyaknya lubang-lubang jerawat di muka aku.

Masalah jerawat tu berlarutanlah dari aku sekolah menengah hinggalah aku masuk uitm machang. haaa...kat sini dia lain sikit sebab masa tu aku dah ada duit (aku memang buat joli duit PTPTN..huhu)


NAK AKU SAMBUNG CERITA KE? MEH LAYAN GAMBAR CLOSE UP AKU DULU (minta maaf tak leh share gambar yang muka aku terbakar masa pakai one of the local product sebab tak menutup aurat).

ni gambar 2014

ni gambar closeup tapi ada tepek sikit bedak, tak berani nak tepek yang tanpa bedak takut jadi mimpi ngeri korang

boleh nampakkan muka yang ibarat kawah bulan



Comments

Popular posts from this blog

PART 3: POSTPAID CELCOM

okay, kita kembali lagi dengan topik hangat iaitu celcom. macam yang aku bagitau sebelum ni dekat entry ni . ok, macam yang kita tau kat malaysia ni ada dua jenis je iaitu postpaid n prepaid. hari ni aku nak terangkan dengan lebih lanjut pasal postpaid. biar semua orang paham dan jelas. x paham jugak, boleh tanya aku I WILL FOCUSED ON THE IMPORTANT CRITERIA: 1) billing cycle - what on earth is billing cycle. ok i will make u clear, billing cycle means when ur bill been closed every month. usually the date is 3, 7,13,23 n so on. u have to know the billling cycle coz its important to avoid ur call been barr. so, pls check ur bill. and make sure u paid ur bill before the next bill come out :) 2) barring/barred/barr - barr means u cannot make outgoing call n send sms. so, for postpaid customer they are been very particular and annoy if their phone been barr. they will easily been high tempered or sad or disppointed. please ya, ur acc will not been barr just like that. for sure, there is s...

HUGE DISCOUNT FOR CASIO WATCH

Selamat malam perempuan comel dan lelaki hensem, Malam ni sebab aku bermurah hati (cheewaahh) dan sebab raya haji dan sebab aku nak semua orang yang sebelum ni x dapat beli sebab kekurangan modal *aku paham*, harini aku nak bagi DISCOUNT BESAR-BESARAN untuk sesiapa yang berminat membeli jam casio. casio 5 Model DB-380G casio 6 Model A168WG-1 Casio 1 Model DB-360 Casio 2  Model AQ230A dannn paling best aku akan bagi discount hebat pada jam silver untuk gambar di bawah.  TAPI untuk jam 4 jenis kaler silver yang di bawah saja. kalau untuk gold yang 3 di atas, okeh harga yang aku offer sangat istimewa ye 1)  Casio DBC-610-1A | 2) Casio A178W | 3) Casio A168W | 4) Casio AL180 5) Casio F91W | 6) Casio A178WG | 7) Casio A168WG-1 contoh ye: casio 9  ( A178WG) silver  seperti gambar di atas yang num 2, aku bagi special promo price RM100 with postage....haaaaaaa, terkejut kan. memang murah tapi stok limit...

remaja perempuan umur 14 tahun mengaku tiada dara.....

aku x leh tahan diriku dari bercakap tentang girl ni. rasa terkesima, terkejut, marah, sedih dan paling aku sedih ialah pasal masa depan budak tu. mula-mula aku macam x percaya tapi aku baca the whole blog dia dan memang aku tau die jenis yang berkawan dengan orang yang salah dan bercinta dengan orang yang salah. seorang bayi apabila baru saja dikeluarkan dari perut ibunya adalah suci, besih dan bebas dari sebarang anasirr jahat tapi setelah membesar dalam lingkungan yang negatif like mungkin ibu bapa yang terlalu busy dan dia dahagakan kasih sayang, ibu bapa yang terlalu mengongkong dan dia terlalu inginkan kebebasan atau tersilap memilih kawan-kawan. aku pun x tau tapi 14 tahun dah melakukan seks dan paling utama x malu mengaku di blognya. its really shocking me. aku 14 tahun pandang lelaki macam pandang kambing, langsung xder perasaan nak tergoda ke apa. serious, ke aku yang nerd? aku pun ada kawan-kawan yang masa form 1 pun dah bercinta. haih. tapi kebanyakan kawan aku yang jenis s...