Skip to main content

WEDDING STORIES 10 : pesanan untuk b2b

selamat malam semua atau sebetulnya selamat pagi semua.

dalam membuat persiapan perkahwinan ni, perkara paling aku takutkan bukannya hari perkahwinan (walau aku memang nak buat yang terbaik, yelah sekali seumur hidup katanya) ialah sebenarnya bagaimana menjadi isteri yang terbaik pada kaca mata islam. 

aku tau semua para b2b nak jadi isteri yang terbaik untuk suami kan, aku pun sama. kalau boleh, apa yang aku lakukan untuk suami adalah kerana ALLAH (tapi aku tau memang sukar kan) kerana kalau kita lakukan sesuatu kerana ALLAH, perkahwinan kita akan lebih berkat.

aku nak jadi isteri yang melayan suami bukan kerana disuruh tapi kerana ALLAH kerana masa kursus kahwin hari tu ustaz ada bagitau memang bukan tugas sorang isteri untuk memasak, mengemas, membasuh pakaian dan bla bla

suami x boleh marah kalau dia balik rumah, tiada makanan untuk dimakan kerana bukan tugas kita TAPI kita wajib memasak sekiranya disuruh oleh suami. 

aku pun x nak pung pang cakap macamlah hebat sebab orang kata awal-awal memang ah semangat, cuba dah 5 tahun ke atas dengan anak pun berderet. tumpuan kita memang akan kepada anak dll. tapi hamka keretamayat bagitau sesibuk mana pun kita, sebanyak mana pun kerja x settle, TOLONG buat 2 perkara ini untuk memastikan perkahwinan bahagia dan berkekalan. insyaALLAH

1) tolong teman suami anda masa makan - sesetangah isteri, dia rajin membeli barang-barang dapur. memasak makanan sedap dan hidangkan cantik-cantik atas meja tapi time nak makan, die pegi tengok tv lah, membasuh la, apalah. dia biarkan je suami makan sorang-sorang

ini walaupun nampak remeh tapi sangat PENTING bagi suami. 

2) kalau suami nak bersetubuh, sila bagi - kalau kita x boleh like demam, sangat-sangat letih dsb cuba qada' secepat mungkin.

cth: b, semalam ayang penat sangat, jom bersetubuh sekarang! kompem suami senyum sepanjang masa (hakhak, aku dah semakin gatal)

benda ni aku dah nampak di kalangan keluarga aku dan baru aku paham kenapa ada perkahwinan di kalangan keluarga aku yang bahagia dan x berapa bahagia. walau x bercerai tapi selalu bergaduh. dan memang aku ada seorang auntie yang perkahwinan dia memang bahagia (pada pandangan mata kasar akulah) kerana dia selalu teman suami dia makan. dalam bilik tidur tu aku x nampaklah.

bakal isteri, nak jugak bgtau...kahkah


peringatan ni untuk aku sebenarnya dan aku nak kongsi dengan bakal isteri dan juga isteri-isteri di luar sana. sama-sama kita amalkan :)

Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot