Skip to main content

WEDDING STORIES 13: pelamin

hello everyone

yeah, aku memang spesis kelawar sebab aku bukan kerja pagi. aku kerja malam, so pagi-pagi buta macam ni mata aku masih lagi segar bugar. 

aku nak share kat korang beberapa pelamin yang aku suka. aku nak pelamin yang simple, moden yet unique tapi almaklumlah mak tinggal kelantan sajooo so kebanyakan bridal kat sana dia punya pelamin memang style biasa-biasa saja. x macam kat kl, banyak pilihan yang menarik like chenta weddings

tapi, aku xkira jugak, kalau my bridal x boleh buat, aku nak buat sendiri supaya kalau x dapat 100% like idaman hati tapi at least dapat 70% pun oklahhh.

ini memang idaman hati tapi macam x dapat jee

aku suka sebb konsep dia garden, dan diorang ni kahwin pun sama dua pasangan tapi memang x boleh buat since ianya perlukan ruang yang besar

simple tapi aku suka sebab dia putih n krim je

plan asal nak buat porch macam ni ah (cuma tukar color)
inilah the whole look. tapi sayang terpaksa dilupakan since kena buat atas rumah

this one also nice, sooo simple form chenta weddings

ni pun sama, simple but elegant (auwww). plus my color combination of white, cream n green



so, korang tengoklah apa jadi dengan pelamin aku, berjaya x aku dapat pelamin yang diidam-idamkan. ya ALLAH, bantulah hamba mu ni supaya tercapai hajatnya...haha.

so, korang rasa which one the best?

Comments

ddjfr said…
picture number 6.
simple tp wowwww..
shida idris said…
kaannn, memamng cantik. shida memang minat yang simple but modern. hehe :)

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot