Friday, February 1, 2013

almost 5 months anak bonda

selamat bercuti semua, mesti ada yang pelik kan cuti pebenda pulak. ni untuk warga KL saja ye, esok ialah hari wilayah, warga Selangor atau negeri lain, sila makan hati....hahaha

dah lama x cerita pasal aku punya preggy kan. alhamdulillah, aku makin ok, walau still ada loya-loya dan muntah tapi sangat jarang. tapiiiiiiiiiiiiii kenapa selera makan x ada lagi...... aku nak biarlah ada selera makan yang membuak supaya aku boleh makan banyak tapi kenyatannya nan hadooo.

hari-hari kena pk nak makan apa, walau perut x lapar tapi tetap kena makan. nasik makan sekali atau dua kali je, banyaknya sekali tapi aku replace ngan mihun, keey teow, sup dan bla bla. aku kureng mi kuning tuh. air pulak aku x suka air yang normal like teh o ais, milo ais, sirap dan so on. mesti nak air buah. tapi kadang-kadang canteen kat tempat kerja aku x ada air buah memang boleh membantutkan selera aku.

makan sekarang agak double sebab g mana-mana mintak air buah sebab sesetengah kedai kat opis aku, air buah boleh tahan dalam 3.50 hingga 5.00, hari-hari pulak tu tapi mak redha je, katanya untuk anak. buah setiap minggu wajib beli, in fact kalau tengok buah yang fresh dan ranum, rasa nak beli semua.

tapi aku kena bajet sebab aku akan make sure beli dalam kuantiti sikit dan pastikan habis sebelum hari ahad seterusnya. mak biasa beli buah kat pasar malam ttdi setiap hari ahad, sebab buah dia memang fresh dan best. walau agak mahal dari pasar malam lain tapi puas hati.

yang paling x tahan, tahap kencing memang power puff gurl. cuba bayangkan, aritu teringin nak makan ABC, then beli. makan ABC dalam pukul 9.30 abis. dari kul 9.30 hingga 11.30 10 kali pergi toilet buang air. kalau haritu minum air lebih dari biasa, sejam sekali mesti bangun tidur buang air. sebab tu hubby bgtau, suruh tidur je dalam toilet, senang katanya (-___-)

berat rasanya x naik-naik lagi, perut pun nampak sikit je tupun kalau pakai baju ketat baru nampak. tapi seluar dah x boleh zip dan button....hahaha. so, esok aku nak beli belly belt sebab risau jugak pakai seluar x button, takutla jalan-jalan melurut sendiri.....hahaha

No comments: