hello u olls,
banyak betul public holiday lately kan. sekarang tengah sibuk nak sambut tahun baru cina. kemain ramai cina sibuk shopping, makan besar dan banyaklah. orang melayu dan bangsa lain pun tumpang sekaki menyibuk....hahaha
macam tajuk kat atas, aku ni kalau nak tau sejak dulu lagi memang dilahirkan dengan tiada masalah kencing/berak (malas aku nak type buang air kecil/buang air besar). setiap hari kompem berak, kencing x yah cakaplah.
sistem perkumuhan (betul ke aku panggil nieh) memang tip top. aku pulak yang memang jenis x suka tahan kencing/berak. terasa je terus pegi toilet. so, bila preggy nieh dia punya 'rasa' berganda-ganda'. bukan setakat sekarang ye, sejak aku tau aku preggy dah start berganda-ganda kekerapan itu.
kalau aku tahan je, kononla malas sebab dah banyak kali ulang-alik toilet, mesti aku rasa macam senak kat perut dan x selesa nak buat apa saja. aku jenis xleh tahan kencing, kalau berak ok lagi kot (melainkan ko memang cirit-birit haritu, itu lain citer okeh).
toilet tu dah jadi rumah kedua dan opis kedua aku. kalau kat opis, kalu aku xder kat floor, itu maksudnya aku kat toilet lah tu. kalau kat umah pun sama...hehehe. hari tu kan aku balik kerja, aku rasa nak terkencing walhal nak sampai umah dah. aku rasa muka aku dah biru dan satu badan sejuk. pundi kencing rasa nak meletop.
aku hampir-hampir terpk nak kencing je dalam kereta. tapi x kanlah kot, macam mana aku nak balik umah dan naik lif. terus tahan dan park kereta depan kedai mamak, zassss masuk toilet dia. gila punya legaaaaaaaaaa......................hahaha
tempat feveret - toilet jusco |
second feveret toilet - gsc mid |
19 weeks - kena pakai baju ketat baru nampak |
so, jangan main-main dengan preggy women ye. especially bab kencing/ berak memang diorang x bergurau (-___-) especially aku....
Comments