hi all,
10 days already passed. haih, rasa kejap je masa berlalu. jahitan dan sakit aku mula berkurang, alhamdulillah tapi aku still xleh banyak bergerak lagi.
as been mentioned by my previous post, laki mak xder pun teman yee. aku sorang je dalam labor room. walau takut dan nervous, aku gagahkan diri sebab aku pk kalau laki aku ada pun, the pain wont lesser cuma kalau laki ada kita jadi kuat sikit kann.
actually, my edd 27/6 dan mama aku plan aku balik 23/6 sebab nanti one of my uncle akan amik aku. tapi instinct aku kata itu dah dekat sangat ngan due date dan aku takut anything happen before that. so, aku apply cuti pada 18/6 dan bertolak balik kelantan dengan keretapi. yes, with train sebab bas aku xleh kencing . train at least boleh pilih seat yg tidur dan time die stop boleh g toilet.
adik aku last day. belakang tu lah uncle yg drive dari kelantan ke kl. hubby aku balik ngan dialah, kalau aku pun balik ngan dia, aku rasa aku beranak dalam kete kot |
my baby fresh from oven, gambar dari ipad, x clear sgt |
my sweet heart kuning lagi ye...haih, risau mommy |
tepat jangkaan aku sebab aku bersalin 25/6, 2 hari awal than edd. 23/6 tu adik aku baru jeee abis pantang dan balik kl semula. mama aku memang xleh rest ah sebab lepas adik aku balik, terus kena jaga aku pulak...hehehe. kesian mama aku.
my baby getting better now since my baby kena jaundice. kann aku ada bgtau previous post yg ada sedikit pengalaman sedih. 26/6 lepas di check oleh doc, aku dah boleh discharge. so, kemain lagi excited nak balik tapi sekaliiii anak aku kena tahan sebab suspect jaundice dan darah dia sedikit pekat since ada darah dari uri masuk.
anak aku terpaksa dimasukkan ke icu utk rawatan susulan. tapi yang sedihnya, icu x ada katil utk ibu bapa so aku hanya boleh tidur kat balai peneman sebab yelah susah nak balik rumah sebab aku kena bagi susu. being a mother, aku rasa macam nak nangis tapii yelah ku tahan.
aku pun stay la kat balai peneman perempuan n my hubby balai peneman lelaki. setiap 2 jam kami bergerak ke icu untuk bagi susu. tapi budak kalau dah kuning, kerjanyaaa tdo jelah. kemain lagi aku excited nak bagi susu tapi haram x dilayan oleh anak aku. he keep on sleeping n sleeping.
but alhamdulillah, the next day dia dah pindah masuk wad biasa tapi x taulah sekarang musim orang beranak ke apa, katil pulak penuh. so, aku terpaksa stay lagi kat balai peneman. aku sorang je yee tanpa ditemani oleh orang lain, yup hubby ada tapi dia kat bilik lain.
disebabkan banyak bergerak dan berjalan masa nak bagi susu anak, lead to something bad to me.itu nanti kiter citer kemudian yee....hehe. stay tuneeee.
aku x tau org pregnant xleh jalan banyak, jalan lebar dan banyak bergerak since this is my first experience and aku normal bukan czer. aku memang rasa sakit sepanjang bergerak tapi aku tahan demi anak. hari kedua lepas dimasukkan ke wad biasa, barulah anak aku bukak mata sikit dan menyusu sikit.
aku punya breast dah bengkak dah ni, malam nak tdo kemain sakit. then, hari ketiga anak aku dah boleh keluar. ya Allah, syukur sangat sebab memang penat kot dok hospital sebab tidur dengan keadaan yang x selesa, xleh jumpa baby selalu dan macam-macam lagilah.
hari jumaat which is 28/6 aku dah boleh keluar ke rumah. legaaaa gilaaa.
Comments