Skip to main content

arjuna mommy n daddy

salam mommies and daddies semua...

haih, dah berapa lama aku x update blog kan *sambil amik penyapu lap sawang-sawang*. as u know, if u are one of my fb frenlist, u olls mesti tau yang aku dah selamat melahirkan baby boy pada 25/6 pukul 3.15 di HUSM, kubang kerian, kelantan.


alhamdulillah, syukur padamu ya Allah kerana memudahkan saat-saat bersalin aku. aku masuk labor room pada pukul 11 pagi dan tepat pukul 3.15 aku selamat melahirkan anak lelaki. panjang citer pasal delivery story aku nieh sebab lepas beranak, aku ada mengalami sedikit kejadian sedih dan ngeri. itu kita citer kemudiannn yee.

malam sebelum bersalin tu, aku dah mengalami contraction yang berterusan. memang sangat sakit tapi aku tahan sepanjang malam sebab x nak lagi bgtau mama dan abah aku, takut false alarm ke. then, tahan punya tahan sampai ke pagi, sampai subuh, memang x leh tahan.

lepas subuh, aku terus bgtau mama dan mama ku suruh bersiap ke HUSM (memang plan nak beranak kat situ). actually, sblm tu memang  aku x pernah mengalami sakit contraction. itu first time. then, bersiap terus ke HUSM, angkut segala beg baju.

mama aku ingat aku sakit biasa-biasa je. terus ke wad bersalin dan doc check bukaan aku baru 1cm. then, dia scan, masa aku di scan oleh doc situ (a negro doc and a guy) nampaknya dia doc yang ada experience sebab die dok tanya-tanya do pelatih apa nak buat kalau macam ni, kalau macam tu.

masa doc negro (his name is abdullah) scan aku, dia cakap air ketuban aku kurang. so, dia nak paksa bukak bukaan tu jadi makin lebih luas. die seluk tangan dia, masa tu sakitnya Tuhan, jangan cakap. aku rasa nak tendang je doc tu. ditambah pulak dengan sakit contraction. badan aku menggigil satu badan dan rasa betul-betul x leh tahan. doc tu bukak jalan aku dari 1cm kepada 4cm.

lepas tu aku terus masuk labor room iaitu pda pukul 11, doc cakap since anak pertama bukaan 1cm setiap jam so lebih kurang dalam kul 5 baru aku akan beranak. aku dengar macam nak pengsan since aku sangat-sangat sakit. 

aku cuba tahankan diri sambil tidur tapi setiap kali contraction datang, memang gigil satu badan. aku diberi ubat bius, then aku jadi cukup mengantuk. tapi walau mengantuk amat, contraction tu tetap terasa ye. aku asyik terjaga dan tengok jam. macam-macam aku buat utk hilangkan sakit, aku siap duduk siap kena marah ngan misi sebab perut aku dipasang ctg sebab nak tengok denyutan baby.

aku siap bgtau nak kencing, nurse bgtau nak kencing atau berak kena buat atas katil. aku pun redha jelah, mmg banyak kali aku kencing, nasib x berak je kot. then, dalam kul 3 doc abdullah tu datang n check, dia kata aku dah boleh teran.

aku still dalam mamai, then disuruh teran, aku pun teran. tapi biasalah anak pertama kann mana la reti nak meneran bagai. so, misi tu ajar suruh pegang kaki aku, punggung jangan sesekali angkat, kepala angkat dan teran panjang-panjang.

aku x ingat tapi aku rasa dalam 5 kali jugaklah aku teran dan baby pun keluar. ya Allah lega sangat, nurse letakkan baby tu atas perut aku. aku x tau nak buat apa, speechless antara nak nangis, nak gembira. semua adalah. then, sambung part kedua yg mengerikan iaitu dijahit.

tapi masa ni aku dah redha sebab yelah sakit bersalin lagi sakit kot, dalam keadaan mamai dan letih, aku biarkan doc abdullah buat kerja dia. aku x tau dia ambik masa berapa lama jahit tapi mmg lama jugak aku terkangkang.

masa doc jahitkan aku, aku siap whatsapp mama aku bgtau aku dah beranak. oh btw, laki aku xder. dia baru bertolak dari kl pada pukul 11 pagi with my uncle dan HUSM pulak hanya benarkan suami sahaja walau mama aku dah merayu berkali-kali utk masuk tengok aku.

masa aku whatsapp, mama aku bgtau dah tau sebab dia tanya nurse yg bertugas. mama aku siap nangis-nangis sebab nak tengok aku tapi diorang langsung x benarkan. and masa tu jugak, ada 6 orang yang beranak pada masa yang sama which is nurse cukup sibuk.

bayangkan lepas dijahit aku terkangkang berapa lama sebab xder orang attend sampai aku rasa kaki aku dah kejang. one more, bilik pulak x ada sebab full book. haih, banyak betul dugaan. family aku dah kat luar kemain tunggu aku lama. aku dah siap beranak kul 4 lagi tapi baru masuk wad kul 7lebih

then, masa kul 7 hubby aku baru sampai dari kl, dia masuk je, aku terus nangis sebab x tahan asyik tunggu dari tadi. nak maki nurse pun xleh sebab yelah bilik x ada dan aku pun letih. aku mampu redha je. laki aku azankan baby aku, then nurse tolak aku keluar dari labor room.

masa kat luar, aku tengok semua family aku ada. macam dalam drama swasta pulak, lagilah rasa nak nangis. mama aku, adik aku, abang aku, auntie n uncle aku. mama aku terus hadiahkan aku ciuman dan aku hanya mampu tersenyum. letih betul beranak nieh sebab aku rasa nak tdo je.

sepanjang aku dalam labor room berjam-jam, dia x bagi anak kat aku sebab memang aku tidoo je. owh, gambar aku upload kemudian ye sebab dalam ipad dan camera. which is aku kena trf kepada laptop adik aku dulu sbb ni aku type kat netbook.







Comments

Tahniah mummy.. welcome to the club.. ;)
Cerita Saya, said…
Tahniah kakak. Alhamdulillah smuanya selamat!
Rina Hamid said…
congrats shida..xcited baca..cpt nak tgk bby :p
ddjfr said…
alhamdulillah.dapat merasa macam mana susahnya ibu ibu bersalin.

tapi best kan shida masa nak keluarkan badan baby tu.best.eii..rindu nak bersalin lagi.wahahah!
shida idris said…
hazirah - tq dear

anis - tq dear

khadijah - alhamdulillah lega dah settle

rina - tq rina..akan diupload..hehe

dd - hehe...mmg lega dah beranak tp ingat balik, hadoiiilaa gigil satu badan. tapi shida x serik sbb nak anak perempuan pulak...hahaha

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot