Skip to main content

wan arjuna hadif bin wan muhammad

Assalamualaikum semua....

X sangka kan rabu ni kita dah nak puasa, ya Allah sangat cepat ye masa berlalu, rasanya baru je kita tinggalkan ramadhan tapi sekarang dia muncul balik. Puasa tahun ni catat sejarah buat aku sebab aku xleh berpuasa selama sebulan...huhuhu. Masaklah aku nak ganti balik, so kena puasa awal-awal lagi.

Kita tinggalkan jap pasal citer beranak ye sbb dia ada sampai part 3 tau kemain lagikannn.....setelah puas pk dan pk dan pk dan tanya orang, aku decide nak letak nama anak aku wan arjuna hadif. Ada sebab kenapa aku nak nama itewww....

Kalau korang nak tau sampai skrg aku masih lagi x percaya aku dah beranak dan ada anak. Hari-hari aku dok tengok anak sendiri dan x sangka inilah anak aku, inilah acuan gen aku dan hubby....hahaha. Anak aku masa hari pertama, kulit dia putih, korang boleh tengok gambar dia previous entry tapi sekarang x berapa putih...haha

hello world, ni saya hari pertama.
nampak macam putih kannnn.....hehe


hari ke 13
saya dah berat sikit. masa lahir 2.66kg, sekarang 3.1 kg
mommy saya siap 2 jam paksa saya minum susu gantung dia, orang nak tdo pun x senang
btw, nama saya wan arjuna hadif
mommy suruh panggil hadif je

Anak lelaki katanya tapi x taulah ikut muka siapa, ada org bgtau ikut muka hubby aku. Alhamdulillah, aku dikurniakan anak yang baik, hadif x lah meragam sangat, kalau dia lapar baru dia menangis. Kalau x, mata dia kelip-kelip tengok atas, bawah, kiri, kanan.

Setiap hari aku mesti teruja nak tengok perkembangan anak aku....hehe. Anak pertama katakann...gittewww. Baby ni mmg sangat adorable, kalu dia kenyang kan sambil breastfeed ke, tengah tidur ke mesti dia tersenyum. Kadang-kadang mengigau ntah apa-apa dan buat bunyi...

Kadang-kadang kesian dia dah boring tdo, tapi kita kemain lagi mengantuk so kita x layan dia. Dia senyap je, sambil mata kelip-kelip pandang atas. Sekarang berat dia dah 3.1kg, target aku bulan depan biar berat dia 4kg...hehe.

Aku suka baby chubby tapi janganlah gemuk sangat, x larat den nanti. Nanti aku akan update perkembangan dia dari semasa ke semasa yeee. 


Tata, nak bagi susu cap gantung kejap

Comments

Rina Hamid said…
cptnye da besar..heee..besnya dah ada anak..xsbr ni..btw sy suka nama arjuna..plan nak letak kt anak sndiri gak kalo bby boy..tp ditentang suami plak T_T
shida idris said…
Hehe....kan. Yeayyy, high five, xperlah sempat lagi nak pumuk...hehe

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot