Sunday, November 24, 2013

wondermama, bangsar

Assalamualaikum u olls,

Seronok la kalau yang jadi cikgu sebab cuti panjang....hehe. masa nilah nak pegi bercuti kan especially yang ada anak tu, lagilah semangat. anak-anak tak perlu bawak tempat mewah, bawak pegi main pool pun dah kemain suka kan. tak sabar hadif besar, nak bawak dia jalan-jalan tapi nanti rindu time dia baby, camnoo....hahaha

social media ni sebenarnya peer pressure kan. tengok orang beli baju baru, nak baju baru jugak. tengok orang jalan-jalan nak jalan-jalan jugak, tengok orang makan, nak makan jugak. especially kalau tengok instagram hanis zalikha, nangis tau tak sebab suka benau post gambar makanan sedap.

nasib baiklah, aku ni kategori makan dan pakaian, aku pilih pakaian. tak tau kenapa, tapi aku jenis bukan food hunting. kalau makanan yang best dan dekat ngan umah, memang aku try, kalau tak, kosser nak layan. so, salah satu kedai yang aku pernah baca kat blog dan tengok kat ig ialah wondermama. dahla kat bangsar je, so lets try.

bawah ni first time pergi but since dia punya chef kawan husband aku (aku kena namakan husband aku sbb macam tak best je panggil husband), so dia recommend ni

creamy chicken burger
portion die just nice tak besar dan tak kecik. utk org yg bukan makan sangat macam aku, aku mmg suka sebab kalau makan like tony romas, chillis kompem aku tak habis

black spider - tapi dia macam nasi goreng cina je..huhu



ni kali kedua pergi, owh nak puji ye sebab time aku pegi tu peak hour, time dinner, meja makan kat bawah penuh. so diorang suruh naik atas, which is guna tangga. aku pulak bawak hadif and stroller memang takla kan tapi diorang angkut aku punya stroller sampai atas. walau aku tak suruh sebab aku hampir nak keluar dah, so aku suka org bagi extra service macam ni




deco more to vintage


banana fritters

once again creamy chicken burger

spaghetti bolognese
aku masih lagi kenyang so keje aku cuit-cuit jelah makanan orang

makanan kena pandai pilih, tak semua sedap. tapi tekak orang lain-lain kan. harga RM20 and below. dia punya trademark tak kira nasi, me, spaghetti semua hidang dalam bowl. orang kata (actually tengok dlm ig hanis zalikha) kek dia sedap, nantilah aku try, aku review okeh

2 comments:

NinaAz said...

Mak aiiii.terliur tgk makanan2 nihhh.huwaaa.

Shida Idris said...

hehe...silalah try