Skip to main content

resepi lokcing yang gebu gebas

Assalamualaikum semua,

Aku doakan semua yang membaca status ni dikurniakan kesihatan yang terbaik dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Aku sebenarnya agak sibuk since last two weeks. kena travel perak dan kl disebabkan kerja hakiki dan terpaksa hold pasal lokcing. but now lokcing is back, tapi preorder akan dibuka next week.

tapi harini, aku nak bagi satu resepi free pasal lokcing. kalau korang, rajin, boleh je try dan buat kat rumah k





Bahan-bahan:


500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa 
1 sudu besar baking power

Cara memasak:

1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan baking powder.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.


p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.


Lokcing yang telah siap digoreng, dicucuk pula pada lidi untuk memudahkan kita membakarnya. Bila makan lokcing, mestilah ada sosnya, iaitu, sos pedas dan manis, kombinasi kedua-duanya memang meletop. 



SOS MANIS

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• Untuk sos pedas, pula, bahagikan sos manis yang telah dimasak tadi kepada dua bahagian, satu bahagian saya campurkan dengan sos cili supaya pedas. 


DISCLAIMER

Lokcing ni aku tak buat pun, aku gugel je resepi. sebab kenapa aku tak buat, aku dah ada supplier yang terbaik. sebenarnya kalau buat sendiri memang puas hati tapi yelah kekangan masa, bahan-bahan dan sebagainya kan. 


so, kalau korang rasa nak makan lokcing tapi tak reti nak buat, tak ada masa nak buat samada nak makan untuk sendiri atau nak jamu orang  boleh pm atau whatsapp aku ye

0139729066
0139729066



Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot