Skip to main content

berat badan berlebihan, takut berat naik.....jangan risau

Assalamualaikum,

Aku doakan semua yang baca entry ni kaya dan berjaya di dunia dan akhirat. nak power lagi, semoga kita semua masuk syurga tanpa dihisab. setiap kali lepas sembahyang, jangan lupa doa tu.

semua tau kan kelantan menangis lagi. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pergi meninggalkan kami pada malam Jumaat. Tok Guru ibarat ayahanda, ibarat cikgu, tok imam dan semualah bagi kami. peritnya hanya Allah sahaja yang tau.

kalau nak cerita pasal Tok Guru memang terlampau banyak, aku kena buat satu entry khas untuknya sahaja. tapi sebab harini aku nak share pasal benda lain, so aku tamatkan di sini dulu. Aku harap Tok Guru sekarang sedang berbahagia di syurga bersama para solihin.


harini aku nak share tips macam mana nak kurus

TANPA BERLAPAR
TANPA EXERCISE
TANPA MAKAN PRODUK KURUS

tips ni aku baca di fb dan aku rasa sangat bagus untuk diamalkan dan aku sendiri baru je amalkan. mudah dan teramat mudah, caranya ialah setiap kali makan, berus gigi. ye, setiap kali makan. breakfast berus, lunch berus, dinner berus, petang berus.

banyak sangat manfaatnya:
1) apabila berus gigi, mulut kita akan fresh. so kita akan rasa kurang rasa nak makan. kita akan tunggu next meal jelah. contoh, kalau kita berus gigi lepas breakfast, in between tu kita tak makan apa-apa, kita tunggu je lunch barulah makan. ia akan mengelakkan kita makan benda yang tak sepatutnya. contoh, jajan yang tak elok

2) apabila kita consistent berus gigi setiap kali lepas makan, benda ni akan jadi habit. kalau tak buat, rasa tak lengkap. so, lama-kelamaan kita akan tnggalkan terus makan benda yang tak sepatutnya dan hanya akan fokus pada next meal. so, kena practise start harini, beli berus gigi dan ubat gigi letak di opis. benda ni akan nampak hasilnya lepas kita dah practise dan consistent buat setiap hari.

3) gigi lagi bersihh dan cantik. perghh, ini aku tak perlu ulas banyak-banyak. muka cantik, baju branded tapi gigi out, ko rasa nak gelak tak? gigi tak teratur takper asal bersih, ni dahlah tak teratur, rongak pulak tu. nak bercakap pun malas

4) pahala melimpah ruah, Allah pun sayang. Bayangkan lepas breakfast, kita berus gigi lepas tu pergi sembahyang dhuha. lagilah elok kan. lepas lunch berus gigi, sembahyang zohor, Allah pun lagi sayang kan. ala, macam kalau kita nak jumpa orang yang pertama kali jumpa atau bf, kalau lepas makan jering atau laksa kompem nak berus gigi dulu kan sebab tak confident. sama jugaklah kita biar mulut wangi, barulah best.

best ke tak best perkongsian, jom sama-sama amalkan :)







Comments

ddjfr said…
haha. okay, boleh guna jugak tips ni.

shida, dd dah tukar bloglink okay.

http://ddjaafar.blogspot.com

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot