Skip to main content

3 hari straight shopping, sekarang purse kempis gila

selamat hari rabu semua, hari rabu hari untuk tengok movie sebab tiket murah, so korang pegi x tengok movie harini (macam orang kedekut kan tunggu rabu baru nak tengok movie )

last week, mama aku datang. as usual la untuk shopping. bila mama aku mintak keizinan dari abah aku, abah aku x bagi mula-mula tapi mama aku buat muka dan suara sedih " anak-anak mama semua kat kl, rinduuu" korang mampu buat alasan macam tu?

mama aku touch down je kat kl lebih kurang dalam kul 1 lebih, straight pegi makan dan pegi mid. shopping di mid sampai malam lepas tu sambung tengok movie ombak rindu (mama aku pertama kali masuk panggung tau, comel x) hahaha. die pesan jangan bagitau orang tapi aku pedulik apa, aku nak citer jugak kat orang.

sayangnya hari pertama no pictures sebab aku seorang yang careless, bawak camera but with no memory card, macam tuuutttt. serius, rasa macam bangang sebab ke hulu ke hilir usung camera but x leh tangkap gambar. eh asal sebut tangkap, apa-apalah.




hari kedua bangun lambat sebab dah letih (macamla ko jenis bangun awal) pegi ikea. ni pun mama aku pertama kali datang sebab yelah selalunya tempat feveret mama aku gulatis tapi nak buat kelainan this time sambil nak makan, bawaklah ke ikea. sambil makan, shopping dan jalan-jalan sikit.





hari ketiga mula-mula ke jalan TAR. biasalah mama aku kena melawat sedara-sedara dia yang kat gulatis tapi kalini mama aku x shopping sangat sebab gulatis dah bukak kat kota bharu so excitement tu dah kurang. lepas tu bertolak ke pavilion sebab nak shopping handabag.

aku memang jarang ke pavilion, suka tu memang ah suka tapi aku benci sebab jalan ke sana sesak sangat, masa kitaorang keluar dalam 10 lebih, hampir sejam stuck kat jalan bb tu. menyampah gila aku dahla lapar gila sebab x makan apa pun, sebelum tu makan kat jalan TAR laksa penang je, orang lain dah makan nasi tomato. (masa shopping x ingat makan, minum lepas tu baru rasa nak rebah...haha) perempuan...perempuan.

so, 3 days straight teman mama aku (kononla dalam bahasa lain shopping)  membuatkan purse aku terlalu nipis dan membuatkan aku terfikir nak makan maggi untuk sebulan. haha

Comments

yienjr said…
sportingla mama shida ni..suke tgk ur family..cute :):)
shidaidris said…
thanks yien. mama meme samo naik nga anok, kalu ore kene baju tueh, die pun nok jugok :)

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot