Skip to main content

MOVIE TIME: BREAKING DAWN

hi semua.


Add caption

aku baru sempat tengok citer breaking dawn last sunday. loser kan, orang dah lemau, aku baru berkesempatan tengok.sekarang kalau tengok kat newsfeed fb,kemain lagi semua dok komen pasal citer ombak rindu. macam satu kebanggaan pulak kalau dah tengok.

bagus jugak kan, semua orang pakat-pakat bangga tengok cerita melayu, kalau dulu semua pakat berebut-rebut tengok transformer atau pirates of carribean, sekarang macam demam cerita melayu. aku pun belum tengok lagi, tengok pada tiket, kalau x sold out mesti selling fast. tu pun midnight

xder orang pun bg review citer breaking dawn kat blog atau fb. aku pun dah macam pelik, x best ke sebab citer tu memang aku dok tunggu sejak dulu lagi. yelah, aku follow kot dari episod 1-3. mestilah x sabar tengok kesudahan bella, edward and jacob.

so, hari ahad baru ni aku berjaya tengok citer ni. so far, memang aku puas hati. walau ada jugak orang kata citer ni slow tapi bagi aku, not bad (ke sebab aku ni suka sangat kat edward...hikhik). tapi citer dia bagi aku terlalu pendek, x puas. saja lah tu nak bikin gempak buat part two. nyampah tau dah jadi macam harry porter dah.

so, kalau anda memang peminat tegar citer ni dan memang follow since part 1, memang recommend. iaitu di mana bella and edward dah kahwin. tapi apabila manusia dan pontianak bersama (paham kan maksud aku), ianya sesuatu yang agak menakutkan. sebab pontianak mestilah lagi kuat dari manusia kan.

bella bangun esok pagi semua badan lebam-lebam dan katil patah riuk....haha. memang kelakar part ni, dan esok-esoknya edward dah x mau bersama lagi walau digoda oleh bella. tapi lepas 2 minggu kahwin, bella mengandung (semua terkejut termasuk edward sebab x sangka kan). 

sekali, bella kena gugurkan anak dia sebab kandungannya membahayakan dirinya tapi bella xmau.. so korang tengoklah citer tu macam mana. nak semua aku cerita, x best la pulak kang...ok bye


comel kan wedding dress dia. lace, i like

alolo sweetnya


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot