Skip to main content

makhluk alam ghaib

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

amboiiii kemain lagi kan tajuk kannnnn. ok, harini aku bukan nak cerita pasal hantu atau pengalaman jumpa hantu. sebab sepanjang aku hidup ni, alhamdulillah aku x pernah berjumpa dengan makhluk ini atau terasa nak berjumpa. memang x nak punn.

aku ni kategori yang x penakut sangat as compared dengan orang lain. aku rasalah sebab dulu masa aku menyewa ramai-ramai aku paling suka tengok cerita hantu. roommate aku yang lain....HARAM memang x ah.

ada sorang tu aku panggil kak pija, yang ni langsung xleh tengok cerita hantu, kalau tengok iklan hantu pun dah takut (-___-). ada pulak kak ti berani sikit boleh tengok verita hantu tapi sambil pegang bantal dan terjerit-jerit. sampai aku kalau tengok ngan dia pun stress, sebab aku jadi terkejut sama. ni spesis x leh tengok cerita hantu kat panggung, kompem kena tendang dari panggung.

aku ingat lagi dulu, ada cerita hantu indonesia, dia punya tayangan start kul 12 malam dan ke atas, aku punya semangat sanggup tu pegi layan tiap-tiap minggu sorang-sorang diri...kahkah. masa tengok tu dalam hati dh memang cuak tapi aku ni jenis gila cuak pun aku tengok jugak.

macam cerita kat panggung pun sama, cuak pun aku layan jugak, kahkah. setau aku citer yang boleh buat aku takut ialah cerita jangan tegur. aku x tau kenpa aku memang takut tengok cerita tu....sampai aku berpaling tempat lain sebab x nak tengok...hehe. aku memang suka gile citer tu.

eh, aku dah terbabas padahal aku nak citer benda lain. perempuan memang jenis x leh fokus. sebab tu kalau nak shopping benda lain, tershopping benda lain. eh dah hilang fokus lagi. 

aku ni jenis kalau tak dengar cerita hantu atau tengok cerita hantu, memang aku x pernah ingat makhluk ni. tapi kadang-kadang perasaan tu memang muncul. normalla kan since aku sekarang dok sorang-sorang..sobs..sobs.
tapi sejak aku baca blog hamka keretamayat, aku jadi berani.

eh betullah apa kata hamka, apahal jin nak kacau  kita. kalau betul dia kacau hamka bagi beberapa tips, aku rasa memang berguna untuk semua yang jenis takut hantu atau percaya sangat dengan hantu ni. aku x kata makhluk ni x wujud tapi TOLONG JANGAN TAKSUB sangat. dont be soo paranoid ye like hamka said refer Al-Quran dan hadith:


korang pernah tengok x citer ni?





ni tips-tips dia


1. Letakan dalam diri kepercayaan bahawa jumpa hantu secara live itu cool.

2. Biasakan diri tidur dalam gelap, dan jika rasa seram, bayangkan rupa hantu sehingga jadi tak seram.

3. Cabar diri sendiri seperti berhenti buang air dalam hutan sorang sorang di waktu malam, lepas sepuluh kali kencing tapi tidak di sakat hantu, korang akan jadi lebih berani,

4. Jika nak tengok cerita hantu, tengok sorang sorang di waktu malam. Jika berjaya, tahniah!

5. Bila kawan kawan cerita hantu, nafikan hantu tu dengan hujah sains, jika kawan kau tetap yakin itu hantu, cabar suruh hantu tu jumpa korang.

6. Jika terdengar bunyi atau ternampak kelibat pelik, jangan lari, pergi jumpa/siasat secara direct.

7. Jika malas nak pergi siasat, tiru dialog arwah Pak uda dalam filem Hantu kak Limah balik rumah, yang mana bila jumpa hantu, Pak Uda cakap: “Kalau kamu manusia lebih baik kau pergi main jauh jauh dari aku, aku tak nak berkawan dengan kamu!, pergi! Kalau kamu iblis setan ingat, aku ada silat gayung...” Woha!

8. Banyakkan cerita kehebatan dan kebesaran Allah sehingga ketakutan pada makhluk hilang.

9. Buat niat untuk dakwah kepada hantu supaya mereka masuk islam.

10. Jika terjumpa hantu yang memang seram, cuba lawan, pukul dengan kayu, atau tikam dengan pisau.

eh, dalam entri ni bukan main lagi banyak perkataan hantu aku type, aku pun dah seram...kahkah

Comments

Popular posts from this blog

HUGE DISCOUNT FOR CASIO WATCH

Selamat malam perempuan comel dan lelaki hensem, Malam ni sebab aku bermurah hati (cheewaahh) dan sebab raya haji dan sebab aku nak semua orang yang sebelum ni x dapat beli sebab kekurangan modal *aku paham*, harini aku nak bagi DISCOUNT BESAR-BESARAN untuk sesiapa yang berminat membeli jam casio. casio 5 Model DB-380G casio 6 Model A168WG-1 Casio 1 Model DB-360 Casio 2  Model AQ230A dannn paling best aku akan bagi discount hebat pada jam silver untuk gambar di bawah.  TAPI untuk jam 4 jenis kaler silver yang di bawah saja. kalau untuk gold yang 3 di atas, okeh harga yang aku offer sangat istimewa ye 1)  Casio DBC-610-1A | 2) Casio A178W | 3) Casio A168W | 4) Casio AL180 5) Casio F91W | 6) Casio A178WG | 7) Casio A168WG-1 contoh ye: casio 9  ( A178WG) silver  seperti gambar di atas yang num 2, aku bagi special promo price RM100 with postage....haaaaaaa, terkejut kan. memang murah tapi stok limit...

PART 3: POSTPAID CELCOM

okay, kita kembali lagi dengan topik hangat iaitu celcom. macam yang aku bagitau sebelum ni dekat entry ni . ok, macam yang kita tau kat malaysia ni ada dua jenis je iaitu postpaid n prepaid. hari ni aku nak terangkan dengan lebih lanjut pasal postpaid. biar semua orang paham dan jelas. x paham jugak, boleh tanya aku I WILL FOCUSED ON THE IMPORTANT CRITERIA: 1) billing cycle - what on earth is billing cycle. ok i will make u clear, billing cycle means when ur bill been closed every month. usually the date is 3, 7,13,23 n so on. u have to know the billling cycle coz its important to avoid ur call been barr. so, pls check ur bill. and make sure u paid ur bill before the next bill come out :) 2) barring/barred/barr - barr means u cannot make outgoing call n send sms. so, for postpaid customer they are been very particular and annoy if their phone been barr. they will easily been high tempered or sad or disppointed. please ya, ur acc will not been barr just like that. for sure, there is s...

remaja perempuan umur 14 tahun mengaku tiada dara.....

aku x leh tahan diriku dari bercakap tentang girl ni. rasa terkesima, terkejut, marah, sedih dan paling aku sedih ialah pasal masa depan budak tu. mula-mula aku macam x percaya tapi aku baca the whole blog dia dan memang aku tau die jenis yang berkawan dengan orang yang salah dan bercinta dengan orang yang salah. seorang bayi apabila baru saja dikeluarkan dari perut ibunya adalah suci, besih dan bebas dari sebarang anasirr jahat tapi setelah membesar dalam lingkungan yang negatif like mungkin ibu bapa yang terlalu busy dan dia dahagakan kasih sayang, ibu bapa yang terlalu mengongkong dan dia terlalu inginkan kebebasan atau tersilap memilih kawan-kawan. aku pun x tau tapi 14 tahun dah melakukan seks dan paling utama x malu mengaku di blognya. its really shocking me. aku 14 tahun pandang lelaki macam pandang kambing, langsung xder perasaan nak tergoda ke apa. serious, ke aku yang nerd? aku pun ada kawan-kawan yang masa form 1 pun dah bercinta. haih. tapi kebanyakan kawan aku yang jenis s...