Selamat malam u olls,
Hamboih kemain kecoh minyak naik 20 sen kan. 20 sen je kot, kata sesetengah orang tapi dengan 20 sen tulah peniaga lain naikkan harga barang/makanan lain. Korang bayangkan teh o ais kat midvalley dari harga RM1.20 sekarang 1.90 kat oasis foodcourt. tuuu sebelum minyak naik harga yee sebab tu kalau beli air, aku ngan hubby beli satu je. bapak mahal
lupakan pasal minyak, kecoh kemain pun harga tetap naik. tak dernya PM kita akan umumkan harga turun esok disebabkan luahan hati rakyat, kalau ada nanti nak dekat election, so tunggulah 5 tahun lagi yee.
arini aku nak cerita tentang breastfeed. yes, im a proudly breastfeeding mommy, aku nak bagi anak aku exclusive breastfeed kalau boleh sampailah umur dia 2 tahun. sebab terlalu banyak kebaikan susu ibu nieh kalau nak listkan satu persatu. malah dalam Quran pun ada bgtau sunnah menyusukan anak sampai umur 2 tahun.
malah paling best kalau menyusu anak, kita tak payah makan pil perancang sebab kita memang tak akan mengandung. bak kata kawan akulah, sebab dia dah anak ketiga, once dia dah campur anak dia ngan susu lain, baru start period n lepas tu baru *lekat*. so, aku sukalah sebab aku mmg tak suka dan tak akan makan pil perancang nieh.
yang paling bagus mestilah sebab susu ibu akan kuatkan antibodi anak kita dan banyak lagilah. bukan kata tak akan sakit, tapi susah nak sakit, insyaAllah. kalau sakit just susukan dia lebih.
kalau kat opis, aku memang akan pam sebab kalau tak pam mau breast aku berat 5kg...hahaha. so, stok untuk susu memang sentiasa ada dalam peti ais. tak banyak pun stok dia sebab aku ni jenis pam tak ikut timing. kemain semangat nak pam 3 jam sekali, last2 nan hadoo.
tapi stok tetap ada dan mencukupi, kalau rasa susu tak banyak, aku makan kurma. dan aku juga minum susu dan madu. insyaAllah, susu ni mindset je, kalau memang kita determine nak fully breastfeed, insyaAllah dipermudahkan. walau susu aku tak banyak macam org lain dok gebang dalam fb sebab aku tak makan milkbooster tapi cukup.
setiap hari aku tinggalkan 20 oz untuk anak aku, kadang2 habis, kadang2 tak. anak lelaki agak kuat menyusu kan. nati aku cerita pasal breastpump apa yang aku beli ye, memang best.
so para mommy atau bakal mommy, please support breastfeed yee. bahagia tengok anak menyusu tauuu
nilah breastpump aku guna, rumble tuff affordable, portable and convenient |
ni aku pam kat surau opis |
kalau dah penuh, aku akan isi satu pack 8 oz dan simpan dalam peti |
kalau pegi mana-mana aku make sure bawak satu botol avent 4 oz. lepas habis botol tu, baru aku bagi susu badan |
Comments
best tak pam ruffle tu? saje nk survey.. electric kan?
banyak jg rezeki arjuna...
susu ibu memang buat anak bambam.tp dd berjaya fully bf anak no 3 je.tu pun 2 bulan.elok je masuk keje dia demand taknak susu badan.nak botol.
iqa - a'ah tapi lg best rt nie die bukan setakat elektrik, dia boleh jugak pakai manual dan bateri. mmg convenient
dd - last checkup 4.6 masa umur 2 bulan. anak minum susu ibu dia bambam tapi org kata kalau fm lagi bambam. dd tak pam ke sbb shida mmg hari-hari pam dan tinggal
bila tanya mana susu pam,dia cakap dia buang.sedih gila rasa.
tapi memang lepas tu hasya taknak susu badan.gigih pam manual tapi tu la,dia dah macam taknak.memula frust tapi lama2 dd pikir,lantaklah.janji dia cukup susu dan cukup nutrisi.alhamdulillah,hasya la anak paling bulat dalam adik beradik dia.haha.
shida nasib baik die minum je, jimat tak yah beli fm...hehe