Skip to main content

tips for hot mommy : perut kempis dan susu banyak

Selamat malam semua


aku ada baca kat fb pasal tips untuk perut kempis dan aku dah cabar diri aku untuk start harini untuk tips tu, kalau korang rasa nak follow, boleh je, kita tunjuk sebelum dan selepas okeh...haha..kemain excited, sekali 5 hari dah minum ais. aku target sebulan je iaitu hingga hujung bulan 10.

1) minum air masak banyak-banyak. minimum 2 liter, kalau boleh 3 liter ke atas. lagi banyak, lagi bagus. air color atau manis tak dikira ye - yang ni bagi aku tak susah sangat nak follow, aku kat opis pastikan habis 2 liter air, cuma kat umah belum ada lagi botol air so aku tak boleh nak bajet.

2) minum air masak selepas makan makanan berat macam nasi, mee, steak dll selepas 30min atau paling elok 3 jam - ni agak susah, tadi aku cuba hampir nak tercekik jugaklah since aku makan dalam keadaan cepat *lapar sebenarnya sbb aku breakfast lewat*. tapi aku cuba minum seteguk je, lepas tu minum lagi 30min. kalau 3 jam memang surrender

3) kurangkan minum minuman berais - ni kalau aku kat opis atau kat umah tak keluar, aku kompem boleh follow, tapi kalau aku keluar g mid atau jalan je, kompem aku order ais kalau makan kat luar. aku tak reti nak order air panas, hasilnya mama aku datang 4 hari asyik sangat minum minuman berais dan makan ice cream, aku batuk-batuk sekarang (-___-)

dah lama tak timbang berat badan


doakan aku kuatkan semangat okeh, tapi raya haji nanti balik kampung...uwaaaa 

Comments

Rina Hamid said…
okeh akan diamalkan! i mmg suka minum air. shari 3-4liter. tp org ckp time pantang xleh mnum air bnyk. btul ke?
shida idris said…
yeay - xder maknanya yang, kalau u breastfeed, mmg akan dahaga gila dan cepat dahaga. shida masa pantang letak botol air besar tepi katil dan selalu refill

shida jenis susah nak minum air masak tau sblm ni tapi lepas beranak dan breastfeed, automatik minum air masak sangat banyak. dan ianya mmg bagus
ddjfr said…
dalam pantang patutnya kena minum air banyak sebab taknak bagi ibu sembelit.

heh.dd setakat cabar tak minum ais takde hal.minum air lebih 2 liter sehari pun takde hal.minum lambat lepas makan pun takde hal sebab kalau kat rumah,makan dgn family mesti lupa minum air sebab sibuk bersihkan meja,basuh pinggan dll.

tapi..bab makan ni.memang takbleh kontrol.hahaha
shida idris said…
hehehe...shida makan x banyak pun. orang kata preggy cepat lapar lebih2 end of the pregnancy tapi shida sama je.

breastfeed pun sama still boleh tahan lapar cuma shida pastikan makan on time since nak susu banyak :)

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......