selamat malam eh selamat pagi semua. ok nak senang selamat sejahtera u olls ok, malam ni aku rajin sikit so aku nak cerita sikit pasal tudung. ko ni shida, x abis-abis cerita pasal tudung ye. nak buat macam mana, mestilah aku bercerita tentang apa yang aku suka dan tahu kan. x kanlah aku nak cerita pasal benda yang aku x suka dan x tau apa-apa kan. kan lain pulak jadinya so, malam ni aku ada upload 3jenis syria kat blog jarum dan benang . semua pun syria cuma design dan materialnya lain-lain. sekarang ni semua orang suka syria, serius x tipu sebab ianya amat stylo, simple dan x mahal (harga pun kena ambil kira kan sebab x semua orang mampu beli tudung mahal). tambahan pula , raya haji dah nak dekat, minggu depan pulak tu so korang bolehlah membeli-belah di blog aku dan dalam masa yang sama boleh beli dengan harga promosi sempena raya. so rugi kalau x beli. harga yang aku dah bagi memang dah sangat murah compare ngan kualiti . kalau korang beli, memang...
biar badan kecik tapi hati kena besar