selamat malam eh selamat pagi semua. ok nak senang selamat sejahtera u olls
ok, malam ni aku rajin sikit so aku nak cerita sikit pasal tudung. ko ni shida, x abis-abis cerita pasal tudung ye. nak buat macam mana, mestilah aku bercerita tentang apa yang aku suka dan tahu kan. x kanlah aku nak cerita pasal benda yang aku x suka dan x tau apa-apa kan. kan lain pulak jadinya
so, malam ni aku ada upload 3jenis syria kat blog jarum dan benang. semua pun syria cuma design dan materialnya lain-lain. sekarang ni semua orang suka syria, serius x tipu sebab ianya amat stylo, simple dan x mahal (harga pun kena ambil kira kan sebab x semua orang mampu beli tudung mahal).
tambahan pula , raya haji dah nak dekat, minggu depan pulak tu so korang bolehlah membeli-belah di blog aku dan dalam masa yang sama boleh beli dengan harga promosi sempena raya. so rugi kalau x beli. harga yang aku dah bagi memang dah sangat murah compare ngan kualiti . kalau korang beli, memang x rugi, orang kata berbaloi-baloi.
semua tudung ni pun aku rasa nak rembat untuk raya tapi terpaksa tahankan diri. tengoklah raya nanti, aku pakai yang mana satu :)
syria chiffon 2 layers, bawah dia curl
high quality chiffon
syria sport (awning lembut)
kain jeans yang very soft and comfort
bawah dia ada kelim like karipap
syria cotton strechable berkerawang
tudung ni memang labuh so saper suka labuh memang sesuai
kerawang dia like yang kita selalu tengok kat tudung bawal
so, apa lagi korang tunggu. serbuuuuuuuuuuuuuuu
Comments