Monday, October 24, 2011

alhamdulillah, tercapai jugak hasrat untuk bukak kedai

THIS IS STICKY POST, NEW ENTRY BELOW YA

assalamualaikum semua yang tersayang


so, start dari minggu ni aku dan 2 orang lagi partner berjaya membuka satu kedai tudung di pantai dalam. alamatnya di GK3-03 bazaria pantai, jalan pantai permai 2, pantai dalam, 59200 kuala lumpur. kedai ni dekat je dengan rumah aku so memang menyenangkan untuk aku ulang alik dan sebagainya tapi kedai ni kecik je sebenarnya tapi sewa memang agak mahal.

sebelum ni kalau berniaga pun hanya melalui internet, opis dan kawan-kawan tapi dengan kedai banyak benda akan jadi lebih menyenangkan. walaupun aku x menjaga kedai tersebut disebabkan masih lagi bekerja tapi kedai ni akan beroperasi hampir setiap hari kecuali jumaat. so ahad tetap berniaga cuma separuh hari. 

masa berniaga = isnin hingga ahad. jumaat cuti
waktu berniaga = 10.00 pagi hingga 9.00 malam

jadi siapa2 yang berdekatan bolehla singgah di kedai aku. kalau x sempat waktu kerja, lepas kerja pun boleh :). banyak lagi benda x settle like kedai punya nama pun belum letak, tudung banyak lagi kena beli dan banyak lagi kena modified untuk cantikkan kedai. tapi yelah, semua perlukan duit kan since duit pun banyak dah abis, so sikit-sikit dulu.

aku akan buat grand opening (date x confirm lagi mungkin awal bulan 11) so sesiapa yang datang akan diberi discount 20% hingga 50% dan sesiapa yang membeli pada tarikh tersebut juga akan diberi discount untuk bulan tersebut. tapi kalau korang datang sekarang tetap dapat discount juga, kalau nak beli bagitau tau dari blog shida.








kat kedai kami, ada selendang, tudung sarung pelbagai jenis, pashmina, syria, inner cotton dan segala jenis inner dan banyak lagi. selepas ni mungkin nak jahit tudung sendiri cuma x jumpa lagi kain yang sesuai.

added, kawasan tu happening ya sebab ada parking space yang cukup, kedai makan yang banyak dan pelbagai kedai lagi. so no worries k

SEMUA GAMBAR NI TEASER. NANTIKAN GAMBAR PENUH MASA GRAND OPENING. TUNGGU YAAAA

10 comments:

Aynn Anne said...

Tahniaahh!!!... Grand opening nya ble tuu... Nk nyibuuk gaks... hehehehe...

shidaidris said...

thanks aynn, nati date confirm. shida ajak, datang tau

CaTzMeOW said...

wahhhhhhhhhhhh bnyaknyer tdung..nk kne g tgk nie kdi shida..hehe

CaTzMeOW said...

wahhh bnyaknyr tudng...ni wajib g tgk kt kdi nie...

shidaidris said...

datang ah, ko kan dah ada kete :)

Aynn Anne said...

Baek... x sbr plak rs nyaa... hehehehe...

yienjr said...

da!!! tahniah da :)
aku doakan mu berjaya tau...
bestnya dah ada kedai sendiri ;););)

shidaidris said...

thanks yien, nanti datangle kedai

Anonymous said...

Nak tanya berapa sewa kedai kt sini ek? mcm kecik je kedai dia

BMV PERODUA said...

yer la....nak tanya brapa sewa kedai???