selamat berhujung minggu uolls especially for b2b
DIPERSEMBAHKAN
jeng jeng
finally i can reveal my wedding stories. bukannya sebelum ni nak sorok ke apa, tapi selagi x confirm date, macam x manis nak bercerita. alahai, bajet retis kan aku...kehkeh.
terlalu banyak nak cerita, 1001 cerita ada. tapi kita cerita satu2 je dulu okeh. since aku punya wedding sangat simple, coz i love minimalist (atau dalam bahasa tersirat, budget x cukup....kahkah). aku banyak baca blog b2b yang lain, alahaiii rasa kecik je baca sebab orang lain punya rasa macam gah and sangat outstanding, aku punya pulak biasa2 saja.
tapi yelah, ikut kemampuan masing-masing. orang kata tanya purse anda, cukup tebalkah? so, jangan nak berangan sangat shida. baiklah. mula-mula kita bincang pasal baju dulu. teruja x? part ni aku paalllingg cerewet since aku memang particular bab baju.
oh, sebelum tu, aku bersanding sekali ngan adik aku. refer this entry . jadinya bayangkanlah aku kena buat 5 pasang baju. hayooihhh.
1) akad aku
2) akad adik aku (tetap nak baju baru sebab ada tema)
3) bersanding
4) sambut menantu aku
5) sambut menantu adik aku (pun tetap nak baju baru since buat kat dewan, nak glemer la sikit...kahkah)
semua orang akan kata, apsal x sewa? maaf, bukan nak berlagak tapi kalau korang lahir dalam family aku yang mana apa-apa baju mesti beli kain dulu, lepas tu tempah. masa kahwin pun korang x akan terpk nak sewa atau beli siap. ditambah pula dengan saiz badan aku sangatttttt halusss, jadinya untuk mengelakkan alteration yang maha hebat, aku memang pilih nak tempah.
tempah baju yang paling pening ialah TAILOR. kain aku x risau sebab aku boleh beli kat gulatis atau jakel, berlambak pilih je. aku sekarang dah terpilih tailor yang harga taraf designer so cukuplah aku rasa untuk sehelai, untuk berhelai-helai lagi,aku nak pilih orang lain. mak tak mampu noks
panjang pulak aku membebel, sebenarnya design dah ada, kain pun dah ada. cuma nak hantar je. oklah, ini design untuk akad nikah, inspirasi dari puan kelly tapi idea aku ambil dari blog rina hamid. aku suka idea dia sebab taste dia lebih kurang aku. selalu aku cilok idea dia. orangnya pun baik dan friendly
sebab aku suke sangat so aku ambil ilham dari ni
comel kan. ni french lace. RM600++ semeter. sila telan liur sekarang |
butang itu pun aku suka |
DIPERSEMBAHKAN
jeng jeng
my version, tungguuu dah siap aku update okeh....kehkeh. aku beli kain di jakel, kl. beli cotton lace je pun. beli package sekali dengan baju melayu. package dia baju melayu satin tapi aku tukar. semua tukar sebab biasalah package bagi kain yang x best. baju melayu kain satin pakai kahwin bolehla lepas tu nak pakai pegi mana lagi. so membazir kan. so aku tukar kain yang berkualiti supaya boleh pakai hari biasa.
fitting |
masa try ni akak tu berapa kali cakap kat aku, keciknya adik ni. dok ulang-ulang ayat yang sama. ye kak saya tau. semua orang saya jumpa cakap benda yang sama (-____-) |
hoho, perasan x beg aku pun lace sebab aku gile lace sekarang |
banyak pilihan tapi kaler putih atau off white corak dia limited |
sekian laporan dari pengantin paling comel *sila muntah* |
Comments
tapi rasanya 200++ kot semeter, rasalah