Skip to main content

liga super yaw

Assalamualaikum pada peminat TRW dan juga peminat bola sepak malaysia,

article ni memang untuk peminat bola ye. yang xminat boleh juga nak baca cumanya x paham jelah. korang tau kan sekarang tengah hangat liga super kann.

korang tau x game liga super ni macam mana? aku malas nak explain panjang lebar, tapi setiap game yang menang akan dapat 3 mata, seri 1 mata, kalah kompem la x ada mata. kosong.

jadinya dah 3 game antara semua team, tapi of courselah malam ni paling ditunggu kan sebab game antara TRW dan DTFC atau aku panggil Johor Palsu sebab panjang sangat nama.....hahaha. bukanlah, tapi sebab memang pun palsu, sebab semua sedia maklum Johor sebenar masih lagi di Liga Perdana (erkkk) jadi TMJ (Tengku Mahkota Johor) aku rasalah ambik alih team ni dan namakan as DTFC.

paling best, sebab dia beli semua player ternama. like separuh yang main di DTFC adalah pemain Harimau Malaya. tapi yang PALING SENSASI mestilah pasal mat yo@wak lan (Shahrul Idlan Talha) yang mana Johor nak ambik mat yo ( i prefer this name) tapi masa tu mat yo masih lagi ada kontrak dengan KAFA sehingga Jan 2014.

oklah, mat yo nak pergi tapi kena bayar la kan since KAFA akan rugi tapi banyak isu pasal bayar-bayar nilah sampai benda ni jadi isu besar sebab Tan Sri Anuar Musa ada keluarkan statement dan TMJ pun ada keluarkan statement.

korang baca dan comparelah sendiri. so, mestilah ini perlawanan yang ditunggu-tunggu kan. sebab mat yo ex pemain TRW dan sorang lagi awe (Nurul Azwan Roya) pun pemain kesayangan TRW tapi dah pegi pada Johor (pegi dengan elok ye, so no issue here).

then, gol yang dibuat oleh farhan malam ni memang terbaik. sepakan dia memang kemas dan laju gila ya. dan apek sangat cemerlang, banyak kot serangan terbaik dari DTFC ni tapi berjaya diambik oleh apek. gila ah apek, i salute u lah.

overall, game memang bagi kedua-dua pasukan tapi bagi aku TRW lagi baguslah. banyak peluang nak jaringkan gol tapi gagal. kalau kalah main macam ni, memang orang kata kalah bermaruah. tapi kami x kalah cuma seri dan paling HAPPY, TRW berjaya kekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri since awal 2012.

TAHNIAH TRW, KITO GOMO SAPA CAWAT KETING
INDRA-PIYA-FARHAN MEME TERBAIK
APEK KEEPER TERHEBAT

kesayangan TRW

player lain pun sayang jugak ketat-ketat


Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

meh cerita pasal CELCOM

adik aku pengguna maxis prepaid mama aku memang xleh berenggang ngan phone mama aku pakai celcom postpaid aku pakai celcom prepaid since all my fam use it (hp buruk aku tapi aku sayanggg) kenapa tibe-tibe nak cerita pasal celcom nih shida. hehe, sebab aku ada baca satu blog die bagitau kita punye blog ni kenale informative and ada tajuk jitu. contohla anda peminat Dato' Ct n dalam blog anda, semua cerita pasal Dato' Ct. so saper2 yang nak tau pasal dato' ct, masuk saja blog anda. or anda minat masak n kebanyakan cerita anda pasal memasak. tapi selang-seli la cerita lain k so, aku nak cerita pasal CELCOM. kenapa CELCOM? sebab i'm the biggest fan of celcom....ok, memang penipu besar (-_____-). aku adalah one of the ................... (isikan tempat kosong) celcom and senang cerita aku memang ada pengetahuan luas tentang celcom punye product. aku x nak cerita sejarah celcom sebab aku pun x hafal tapi celcom adalah company melayu. ye, sapa sokong melayu, pilihla celcom.......