Skip to main content

part 3 : after delivery story

Assalamualaikum semua....


dah hampir 2 minggu dah kita berpuasa? amacam puasa korang, lagi bagus dari tahun lepas x? jangan banyak membazir ye, aku puasa ni paling bersederhana (read: berpantang = semua x boleh makan) so memang rasa lain. tapi kadang-kadang best jugak sebab rasa, boleh je aku x makan benda yang aku suka, cuma determination tu kena kuatlah. kata nak badan sihat, jahitan makin elok dan body langsing kannn.

ok, ni last part cerita beranak aku..

jeng....


jeng...

haha..kemain lagikan. lepas beranak haritu, anak aku kan kena demam kuning, then i have to stay at hospital. lepas balik, actually masa kat hosp lagi aku dah rasa sakit celah kangkang. kat tepi, tempat bahagian peha. tapi aku tahan. 

lepas balik dan kat rumah, mama aku pelik sebab aku jalan kangkang, sepatutnya kena jalan kepit kan. aku pulak kangkang, aku bgtau sakit. aku ingat sakit ni normal since yelah benda bawah dijahitkan. tapi rupanya tak. 

lepas 6 hari, sebab aku balik rumah hari jumaat,  sabtu cuti dan kebetuln ahad pun cuti peristiwa (kelantan berjaya ke piala FA) so aku ingat klinik ibu dan anak tutup. hari isnin pagi tu barulah pegi bgtau klinik, then selang beberapa jam tu, terus ada nurse datang.

then dia check, rupanya jahitan tertanggal. bukan sikit ye, tertanggal habis. bayangkann, muka aku memang pucatlah sebab benda tu kena jahit semula. dia tertanggal bahagian doc gunting sikit, yang menyerong ke peha tu, sebab tu aku rasa sakit kat bahagian tepi.

nurse tu suruh aku pegi jahit haritu terus, dan aku pun  pegilah kat klinik lily (swasta) since kerajaan banyak procedure, lambat dan leceh. ko bayangkan haritu pun aku dah macam seriau masa doc negro jahit tapi sebab masa tu tenaga aku dah tiada and my body feel so weak, aku macam redha je apa yang dia buat.

ni aku dah sihat, body aku ok dan aku x mamai ( x kena cucuk ubat) so memang aku takut. tapi since benda ni memang kena buat, aku gagahkan jua. nanti bawah aku tu kemain lebar, laki mak cari orang lain pulak T___T.

sepanjang kena jahit tu, aku memang nangis, memang diberi ubat bius tapi cucuk ubat bius tu pun sakitnya ya ammpunnn, tapi aku tahan. sepanang dia jahit, aku hanya mampu istighfar je. habis je, aku nangis dan nangis. sampai mama aku risau.

kesudahannya, aku hanya terbaring atas katil for a week, makan pun di katil sebab memang mama aku x bagi aku berjalan langsung. sebab tu aku kena bebel sampai sekarang, sebab aku kena jahit 2 kali. 2, 3 hari lepas jahit, memang sakit ye, berdenyut-denyut walau dia bagi ubat tahan sakit tapi bayangkanlah kalau aku nak menyusu, aku kena pangku so ada bebanan. tupun sakittt yee

alhamdulillah, lepas seminggu dah hilang sakit cuma aku keep makan ubat dan cuci luka tu dengan ubat cuci ye yang doc lily bagi. sampailah sekarang aku masih lagi cuci walau benang dah tertanggal sebab nak pastikan dia bersih.

so, pada korang especially anak pertama, sila jaga jahitan anda lepas beranak. aku memang x jaga sebab aku ingat jahitan tu kukuh. aku siap jalan jauh, duduk tak kepit, jalan pun tak kepit dan laju pulak tu. akibatnya, macam nilah, aku kena tanggung.

serius, aku tak tau ni akibatnya, kalau tau kompem aku kepit sekepitnya. lepas jahit tu, memanglah kepit kann dalam seminggu tapi sekarang dah tak kepit dah...hahaha (-___-). sila jangan ikut perangai aku yee.


intan payung mommy
patutla orang kata seorang ibu sanggup lakukan apa saja untuk anaknya, sekarang baru aku paham

Comments

ddjfr said…
comelnya hadif..
shida idris said…
tq mommy dd, anak dd 3 orang tu pun comel....selalu kalau dd post gambar, geram tgk. sama je 3 org tu
ddjfr said…
ahaha..tq shida.nanti hadif pun kena ada adik cepat cepat.eh?

hahhaa..
Cik Puan Nor said…
lama x menapak kat cni..bace pasal kes shida teringat plak masa berpantang dulu..nasib baik ler masa pantang kat kmpg mak betul2 jage kiter..x bg kiter bnyk bergerak..luka bekas jahitan tu pun kita pakai ubat klinik bg kejap jer sbb x de kesan pun, 2 minggu lepas jahit pun tmpt jahitan tu bengkak & sakit..last2 mak kita suh amal cara tradisional..sapu manjakani (asah, letak air skit & sapu)..dlm 1 minggu luka kita dah ok...

Actually, tmpt jahit tu kena jaga..walau benang dah cabut kdng2 luka kat dlm belum ok..so hati2 jage jalan & duduk tu kena jage juga...sharing is caring dear
shida idris said…
mestilah nak adik, dah dapat lelaki, nak yg perempuan pulak tp tggu hadif besar sikit...hehe
shida idris said…
Cik puan nor - yeke, ayoo, shida dh kemain laju jalan sbb dah x sakit n benang dah tertanggal lama. Baik, kena ke pit lagi
Nia said…
Salam ziarah Shida, haih, rasa nak marah kat doktor yg jahit Shida awal2 tu, dah le jahit tu sakit, kena jahit 2nd time pulak lagi. aduii..takpe, yg penting mak dan baby dah ok sekrg. Selamat Hari Raya dear :)
shida idris said…
wassalam nia,

kann, shida pun rasa nak marah kat doc first sbb shida rasa dia x jahit dengan betul since dia jahit kejap sgt dan sorang2 tanpa bantuan nurse.

tapi nak buat mcm mana, benda nak jadi. selamat hari raya juga

Popular posts from this blog

PART 3: POSTPAID CELCOM

okay, kita kembali lagi dengan topik hangat iaitu celcom. macam yang aku bagitau sebelum ni dekat entry ni . ok, macam yang kita tau kat malaysia ni ada dua jenis je iaitu postpaid n prepaid. hari ni aku nak terangkan dengan lebih lanjut pasal postpaid. biar semua orang paham dan jelas. x paham jugak, boleh tanya aku I WILL FOCUSED ON THE IMPORTANT CRITERIA: 1) billing cycle - what on earth is billing cycle. ok i will make u clear, billing cycle means when ur bill been closed every month. usually the date is 3, 7,13,23 n so on. u have to know the billling cycle coz its important to avoid ur call been barr. so, pls check ur bill. and make sure u paid ur bill before the next bill come out :) 2) barring/barred/barr - barr means u cannot make outgoing call n send sms. so, for postpaid customer they are been very particular and annoy if their phone been barr. they will easily been high tempered or sad or disppointed. please ya, ur acc will not been barr just like that. for sure, there is s...

macam mana nak jadikan baju anda yang kosong dan kusam MENJADI CANTIK, MENARIK DAN BERSERI-SERI

Assalamualaikum semua, WHATSAPP 0139729066 WHATSAPP 0139729066 Korang tahu kan, raya kita pada tahun ni ialah pada 6 Julai 2016. Ni dah nak masuk bulan 2, so maksudnya kalau korang masih tak pilih lagi baju raya atau masih pening nak buat baju style macam mana, aku ada sedikit idea sebagaimana di bawah: http://shidalife.blogspot.my/2015/12/baju-raya-2016.html Siapa yang kat sini  dah buat baju raya? tak kisahlah dah siap atau masih di tailor. Pilihan aku dan family setiap tahun memang plain. sebab apa, banyak kelebihan kain kosong ni. senang nak matchy satu family, senang nak jahit hiasan yang korang berkenan dan lebih nampak happening dan ceria gittewww. haritu aku ada cerita pasal hiasan kan. ni aku nak sambung lagi untuk memudahkan kerja korang. tak kisahlah korang buat jubah ke, kebaya ke, kurung moden ke atau kimono sekalipun, korang boleh tampal dokoh patch ni di baju atau tudung korang. kompem meletop baju raya korang. Percayalah. tak tau apa itu dokoh patch, teng...

FILM REVIEW : HOW TO TRAIN UR DRAGON

night fury hero yg kat tgh2 this is best animation film ever and cutest also. i love this film since it came with good message. ok, citer die tentang seorang budak lelaki yang tinggal di satu perkampungan dan keturunannya dipanggil viking. masalahnya orang viking ni suke berperang, berbadan besar dan amat berani tapi budak (of course the hero) berbadan kecil dan selalu menimbulkan masalah sehingga die dilarang daripada berperang. untuk membuktikan kepada semua orang yang die jugak layak berperang (kampung budak ni selalu diserang dengan dragon yang pelbagai jenis), die telah mencipta satu alat untuk menembak dragon. apabila die menvuba alat tersebut, tembakannya mengena kepada satu dragon yang dinamakan night fury (tetapi masalahnya semua orang x percaya). bagi membuktikan yang die benar, budak tu telah berjalan dan akhirnya die berjumpa night fury tapi die tidak membunuh dragon tersebut tapi teh menjadi kawan dan di sinilah segalnya bermula. sgt best, serious rugi x tengok nasi t...