Assalamualaikum semua....
ok, ni last part cerita beranak aku..
jeng....
jeng...
dah hampir 2 minggu dah kita berpuasa? amacam puasa korang, lagi bagus dari tahun lepas x? jangan banyak membazir ye, aku puasa ni paling bersederhana (read: berpantang = semua x boleh makan) so memang rasa lain. tapi kadang-kadang best jugak sebab rasa, boleh je aku x makan benda yang aku suka, cuma determination tu kena kuatlah. kata nak badan sihat, jahitan makin elok dan body langsing kannn.
jeng....
jeng...
haha..kemain lagikan. lepas beranak haritu, anak aku kan kena demam kuning, then i have to stay at hospital. lepas balik, actually masa kat hosp lagi aku dah rasa sakit celah kangkang. kat tepi, tempat bahagian peha. tapi aku tahan.
lepas balik dan kat rumah, mama aku pelik sebab aku jalan kangkang, sepatutnya kena jalan kepit kan. aku pulak kangkang, aku bgtau sakit. aku ingat sakit ni normal since yelah benda bawah dijahitkan. tapi rupanya tak.
lepas 6 hari, sebab aku balik rumah hari jumaat, sabtu cuti dan kebetuln ahad pun cuti peristiwa (kelantan berjaya ke piala FA) so aku ingat klinik ibu dan anak tutup. hari isnin pagi tu barulah pegi bgtau klinik, then selang beberapa jam tu, terus ada nurse datang.
then dia check, rupanya jahitan tertanggal. bukan sikit ye, tertanggal habis. bayangkann, muka aku memang pucatlah sebab benda tu kena jahit semula. dia tertanggal bahagian doc gunting sikit, yang menyerong ke peha tu, sebab tu aku rasa sakit kat bahagian tepi.
nurse tu suruh aku pegi jahit haritu terus, dan aku pun pegilah kat klinik lily (swasta) since kerajaan banyak procedure, lambat dan leceh. ko bayangkan haritu pun aku dah macam seriau masa doc negro jahit tapi sebab masa tu tenaga aku dah tiada and my body feel so weak, aku macam redha je apa yang dia buat.
ni aku dah sihat, body aku ok dan aku x mamai ( x kena cucuk ubat) so memang aku takut. tapi since benda ni memang kena buat, aku gagahkan jua. nanti bawah aku tu kemain lebar, laki mak cari orang lain pulak T___T.
sepanjang kena jahit tu, aku memang nangis, memang diberi ubat bius tapi cucuk ubat bius tu pun sakitnya ya ammpunnn, tapi aku tahan. sepanang dia jahit, aku hanya mampu istighfar je. habis je, aku nangis dan nangis. sampai mama aku risau.
kesudahannya, aku hanya terbaring atas katil for a week, makan pun di katil sebab memang mama aku x bagi aku berjalan langsung. sebab tu aku kena bebel sampai sekarang, sebab aku kena jahit 2 kali. 2, 3 hari lepas jahit, memang sakit ye, berdenyut-denyut walau dia bagi ubat tahan sakit tapi bayangkanlah kalau aku nak menyusu, aku kena pangku so ada bebanan. tupun sakittt yee
alhamdulillah, lepas seminggu dah hilang sakit cuma aku keep makan ubat dan cuci luka tu dengan ubat cuci ye yang doc lily bagi. sampailah sekarang aku masih lagi cuci walau benang dah tertanggal sebab nak pastikan dia bersih.
so, pada korang especially anak pertama, sila jaga jahitan anda lepas beranak. aku memang x jaga sebab aku ingat jahitan tu kukuh. aku siap jalan jauh, duduk tak kepit, jalan pun tak kepit dan laju pulak tu. akibatnya, macam nilah, aku kena tanggung.
serius, aku tak tau ni akibatnya, kalau tau kompem aku kepit sekepitnya. lepas jahit tu, memanglah kepit kann dalam seminggu tapi sekarang dah tak kepit dah...hahaha (-___-). sila jangan ikut perangai aku yee.
intan payung mommy patutla orang kata seorang ibu sanggup lakukan apa saja untuk anaknya, sekarang baru aku paham |
Comments
hahhaa..
Actually, tmpt jahit tu kena jaga..walau benang dah cabut kdng2 luka kat dlm belum ok..so hati2 jage jalan & duduk tu kena jage juga...sharing is caring dear
kann, shida pun rasa nak marah kat doc first sbb shida rasa dia x jahit dengan betul since dia jahit kejap sgt dan sorang2 tanpa bantuan nurse.
tapi nak buat mcm mana, benda nak jadi. selamat hari raya juga