Skip to main content

kalau nak berniaga,servis terbaik memang sangatla pnting dan paling utama

huh, aku mengigau ke apa, 1 hari update 2 entry, xper, tengah banyak idea, kita layankan jelah ye

ko rasa dalam bisnes apa yang paling utama, x yah cakapla kualiti produk, marketing, network. aku tau itu semua memang penting tapi apa yang buat pelanggan lekat dan setia ngan anda. kualiti/servis yang anda offer samada terbaik atau terhampeh.

ni makanan wajib aku gi mamak, maggi goreng, x tau kenapa

aku memang minat berniaga, x yah tipulah, berniaga ni cita-cita aku paling ulung sebab aku memang x suka kerja ngan orang, aku x suka peraturan, aku x suka hipokrasi, aku x suka politik. aku cuma suka duit saja.

walau aku hanya berbisnes kecik-kecik saja dekat internet, aku memang plan nak besarkan bisnes aku lepas raya (baru dapat modal so doa-doakan ye plan aku menjadi). dah, aku membebel lain entry la pasal ni sebab panjang sangat.

korang suka pegi mamak x? kalau korang dok kl memang mamak ni orang kata ibarat gula dan manusia. eh apa kaitan, maksud aku manusia makan kat mamak, macam dia perlukan gula dalam hidup dia, hari-hari mau. mamak punya makanan bukannya sedap, dah boleh hafal pun, balik-balik lauk yang dah dipanaskan beberapa kali, segala jenis roti, segala jenis goreng-goreng yang xder lauk pun.


pemandangan biasa di kedai mamak

tapi peliknya, pegila mamak mana pun, mesti penuh padahal bukan murah sangat. kalau kat bangsar tu, ada je yang mahal tapi tetap ramai orang. sebab kenapa, satu je, servis cepat dan 24 jam. ko boleh buat dua benda tu, kompem kedai ko ramai orang. servis yang walaupun ramai orang, ko x yah tunggu sampai hampir sejam semata-mata untuk teh tarik




aku sebenarnya kesal dengan satu servis yang aku ambil. aku ada beli skirt 8 helai (aku ngan adik2 aku). janjinya 3 minggu tapi dah 2 bulan lebih masih x sampai. custom made katanya. yang buat aku kesal, aku nak pakai time raya dan satu lagi adik bongsu aku akan fly ke uk lepas raya, so kalau x dapat macam mana aku nak bagi?

kalau selepas raya, aku x dapat jugak, memang aku akan reveal the owner, maaf

Comments

silentsoul said…
aku faham perasaan ko tu shida.aku pn sama.cuma yg heran nya ada sorg tu confirmation code punya men jauh,tp item smpai dlu! hampeh! pas ni xmo order sdh!
shidaidris said…
hehe...tau ke shida maksud kat sapa? tu lah kan, nak kata x kena, x kata sakit hati...huhu

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot