Tuesday, August 30, 2011

perlu ke pakai baju sama di hari raya?

assalamualaikum semua? macam mana hari ni, best x?

korang semua makan apa, aku macam biasa makanan rumah aku di pagi raya x pernah berubah, iaitu nasi tomato, ayam pedas, ikan tongkol, ayam madu, pajeri nenas, sambal belacan. tambah makanan yang lain kek, sate dan ketupat palas.

seperti biasa, time raya je kita mesti nak pakai baju baru yang cantik especially perempuan memang sembangat bab shopping raya ni. kalau boleh semua benda nak baru dan cantik. tapi aku pelikla dari dulu lagi aku pelik time raya je nak sedondon dan sama sebijik. contohla kan, baju raya wife kaler oren terang, so nak dia nak hubby dan anak-anak pun pakai baju kaler oren terang. kalau oren tu gelap sikit atau pudar sikit memang cancel. sanggup tu tawaf 10kali jalan tar semata-mata nak pakai baju kaler yang exactly sama. (xleh kurang dan xleh lebih)

aku x kisah langsung nak pakai kaler sama tapi kalau kaler oren, anak oren muda, ayah oren gelap, bukankah comel jugak. tetap nampak segak dan berseri kannn.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiii

yang aku xleh langsung tengok ialah pakai baju sama. maafla, ini pendapat pribadi aku je, aku xsuka orang lain suka kan. contoh, puan maria ada 4 orang anak perempuan, so dia beli kain untuk 5 orang termasuk dirinya dan pakai tudung yang sama. so puan maria dan 4 orang anak perempuan pakai baju kurung yang sama dan tudung yang sama. anak lelaki pulak satu kaler ngan ayah baju melayu.

korang rasa cantik ke? serius, anak dengan mak mana boleh sama. aku ingat dulu time aku kecik-kecik masa primary school, aku pun pakai sama ngan adik-adik aku. tapi mama aku memang akan pakai lain. yelah kain anak manakan boleh sama ngan mak. sebab kain anak ialah material kain yang x panas dan tahan lasak. mak pulak jenis yang nak melawa-lawa like silk, chiffon kann.

orang kata ada bezala mak ngan anak. aku ngan family aku x pernah buat baju sama, serius, cuma kitaorang sejak 3 tahun lepas pakai corak sama. so amacam ok x?

2011 - stripy

2010 - paisley
gambar ni x jelas sangat corak dia sebab ni je gambar semua adik2 ku ada


2009 - abstract
tapi masa ni mama aku x follow lagi kitaorang

7 comments:

Aynn Anne said...

Kitorg pon slalu pki bj raya jenis corak sm tapi warna beza. Rmi kater kitorg pelik. Coz slalu org pilih warna yg sm..

shidaidris said...

iyeke, samala kita. tu la color sama macam common sangat kan tapi kalau corak macam lain ckit. so, tahun ni corak apa?

Lyna Shaari said...

canteknya baju raya 2011..kain ape ek.heeeeeeeee..berkenan

dd.hasnidar said...

haha.no komen la kan sbb 4x raya,semua baju xsama dgn hubby,cuma warna je lebih kurang.kecuali raya ke2 sebab recycle baju akad nikah.raya lain seme baju tak sama warna.kuikui..

shidaidris said...

lyna - thai silk, beli kat gulatis, banyak kaler dia, comel2 :)

dd - x kisah pun dd, cuma kadang2 pelik orang yang jenis nak sama exactly (100%). so nampak macam 1 gulung kain yg sama

dd.hasnidar said...

haha.yelah.tp hubby dd tetibe berbunyi taun ni,next raya kita beli kain 1 gulung nak?

haha.taktau nak jawab ape sbb dd pn jenis tak suka sama kain kecuali dia ngan our son.dd suka ada warna yg sama tp corak yg berlainan.hehe..

shidaidris said...

hehe, xperlah dd, ikutkan je.kadang2 nampak comel seragam ni cuma kalau baju dd, letak perhiasan banyak sikit. baru la cantik