Skip to main content

MOVIE TIME: bunohan dan azura 2012

selamat berhujung minggu u olls

owh, hari ni aku baru g kursus kahwin. yeah, sangat lambatkan, nak buat mcm mana aku memang suka buat keje last minute ni. tapi masa pergi, owhh ramai jugak yang spesis ambik lambat macam aku.

ada adik tu baru umur 22 tahun (jeles kalau dengar orang kahwin muda ni) nak kahwin hujung bulan 4, tapi yang paling best ada akak tu, nak kahwin bulan ni jugak. aku macam pelik gila, nak kahwin bulan ni? harini pun dah 24hb, kenapa baru nak ambil. entahlah labu. sijil dalam seminggu jugak baru keluar, so hujung minggu ni kan dah hujung bulan, something fishy here n i know why.....tapi x boleh cakap lah....haha

bukan nak citer pasal kahwin walau dah tercerita tapi nak cerita yang recently aku ada tengok cerita melayu. aku ni kipas susah nak mati movie. so apa saja movie yang keluar kat panggung, mesti aku tengok. so kononla, sebab asyik-asyik tengok cerita omputeh, aku pun nak jugak merasa tengok cerita melayu.

mula-mula nak cerita pasal bunohan
1) bunohan

wahhh, kemain lagi dengar orang dok pumpang sana sini cakap cerita tu best. tapi HAKIKATnya tidak sama sekali. kalau korang nak tau aku penggemar cerita serius macam songlap, but i cant accept bunohan. apa yang dia nak sampaikan dalam cerita ni? paling aku x suka tengok cerita yang x ada pengajaran. moral value zero.

kalau korang tengok cerita mat salleh even cerita kartun dia pun, banyak pengajaran. ini pengajarannya apa? kita harus bunuh ayah sendiri semata-mata tamakkan harta? kita boleh bunuh orang sesuka hati tanpa ditangkap? aigooo, dan scene-scene yang banyak merapu. aku paham korang nak buat cerita ni ala-ala seni. tapi faizal hussein pakai baju sama dari minute pertama sampai minute terakhir. sangat jijik yeee

banyak lagi, itu belum campur yang tengku azura dok keluar masuk tasik dan last sekali dok bermadah. satu lagi yang aku benci tentang citer ni pleaselah wahai pembuat-pembuat filem sekalian, kalau buat cerita melayu selitkan sikit tentang Islam. kalau x boleh banyak, sikit pun xper, ini xder langsung.

2) azura 2012


konon macam ada banyak adegan romantik kan tapi nan adoo

aku rasa x ada orang yang tak tau cerita azura yang ogy dengan jamal abdillah berlakon tu. semua orang aku rasa pernah tengok dan hafal lagu azura. so apabila aziz m osman bagitau nak buat cerita yang baru, aku memang excited, apa salahnyakan. mat salleh relax je buat cerita sama cuma ubah jalan cerita sikit-sikit tapi main watak tetap sama like batman, superman, spiderman n bla bla.

so, kalau orang melayu buat yang sama aku rasa x salah tapi yang jadi salahnya apabila ko buat sambil lewa. kalau macam tu punye cerita, aku pun boleh direct rasanya. cerita yang hambar, tawar, lesu dan bosan.
malas nak ulang panjang cuma aku nak cakap apabila aku tengok cerita romantik, aku expect nak tengok at least adala adegan-adegan romantik yang boleh buat ko senyum sorang-sorang.

tapi harammm x ada dalam cerita ni kalau ada pun kejapp gila. kemain lagi pegi paris tapi langsung x gunakan keindahan kota paris. ceitt, baik la ko buat dalam studio ala-ala pegi paris je.

dua-dua ni buat aku rasa fed up nak tengok cerita melayu dan buat aku rasa nak balik duit aku RM12. NO WORTH IT ALL. 

Comments

ieskhamid said…
amboi cik shida... bkn maen marah lg dlm comment tue... i ols mmg x tgk dua2 cite nie sbab dh agak mmg x best... hehehe... tp nk ucap tahniah ktcik shida sbab menonton cite2 mlayu kita.... lalala
shidaidris said…
ini bukan marah, nasihat. serius, x marah pun cuma kecewa.

ala, apa pun shida tetap tengok jugak citer melayu cuma akan pilih2la

Popular posts from this blog

macam mana nak jadikan baju anda yang kosong dan kusam MENJADI CANTIK, MENARIK DAN BERSERI-SERI

Assalamualaikum semua,

WHATSAPP 0139729066
WHATSAPP 0139729066

Korang tahu kan, raya kita pada tahun ni ialah pada 6 Julai 2016. Ni dah nak masuk bulan 2, so maksudnya kalau korang masih tak pilih lagi baju raya atau masih pening nak buat baju style macam mana, aku ada sedikit idea sebagaimana di bawah:

http://shidalife.blogspot.my/2015/12/baju-raya-2016.html

Siapa yang kat sini  dah buat baju raya? tak kisahlah dah siap atau masih di tailor. Pilihan aku dan family setiap tahun memang plain. sebab apa, banyak kelebihan kain kosong ni. senang nak matchy satu family, senang nak jahit hiasan yang korang berkenan dan lebih nampak happening dan ceria gittewww.

haritu aku ada cerita pasal hiasan kan. ni aku nak sambung lagi untuk memudahkan kerja korang. tak kisahlah korang buat jubah ke, kebaya ke, kurung moden ke atau kimono sekalipun, korang boleh tampal dokoh patch ni di baju atau tudung korang. kompem meletop baju raya korang. Percayalah. tak tau apa itu dokoh patch, tengok gambar di bawa…

kisahku diviral oleh beautiful nara dan siakap keli

Assalamualaikum semua,

Aku doakan pembaca blog aku dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa di dalam rahmatNYA.

Yes, im still preggy, 39 weeks already. Tak ada tanda lagi baby nak kuar sebab aku belum lagi rasa sakit. Aku mintak sangat supaya minggu depan beranak. Tak maulah kena induce ke apa sebab sakitnya ya ampunn. walau tak pernah rasa, tapi baca dari pengalaman orang pun dah seriau.

Harini aku nak share pasal status aku hari Khamis di viral oleh Beautiful Nara (Amazing Nara), Siakap Keli dan satu lagi page (lupa nama sebab tak pernah baca). Famous kejap, kejap jelah. Perkongsian ringkas je tapi tak sangka ramai yang tak tau. Sebab tulah kalau boleh, biasakan diri untuk share tips atau apa saja maklumat supaya ianya boleh jadi ilmu baru kepada orang lain. Kadang-kadang kita rasa nothing je kan ilmu tu tapi bagi orang lain sangat berguna.

Korang dah baca belum, ni link ada di bawah:

1) Amazing Nara
http://amazingnara.com/wanita-ini-kongsi-tips-unt…

BAJU RAYA 2016 - PART 1

Assalamualaikum semua

Aku harap semua pembaca aku di bawah rahmat Allah sentiasa. InsyaAllah, kat opis aku ramai tengah bercuti panjang, ada yang pergi umrah, pergi London, balik kampung atau cuti-cuti Malaysia. Aku hanya mampu tengok sambil telan liur, jelesnyaa. Bulan 11 haritu je, aku sempat ke kl tapi tupun tak puas hati dan ada benda agak buruk terjadi. Malas lah nak fikir dan ingat balik.
sekarang ni aku bukan nak cerita pasal cuti tau tapi aku nak cerita pasal raya punya outfit. jangan tak tau, kejap je lagi tahun baru tau, dah boleh beli kain dan tempah. dan fikir nak design macam mana, nak letak apa. meh sini aku bagi cadangan since aku ni suka benauuu scroll ig yang jual pakaian so aku dapatlah ilham sedikit sebanyak.
kalau aku jual baju-baju macam ni agak-agak korang nak beli tak? so, ni cadangan bagi aku, kalau korang nak follow, dipersilakan. aku punya cadangan ialah seperti di bawah:
1) kain plain - u will never go wrong with plain sebab korang boleh pilih nak letak apa …