Skip to main content

WEDDING STORIES 3: baju akad. settle. not

hi all,

harini shida pegi ambil baju akad yang dah siap. actually x siap sepenuhnya since kena tambah sikit. sebenarnya baju akad off white, then baju lelaki lime. sebab shida x nak baju lelaki off white jugak since baju melayu tu nak  pakai lagi lepas ni. 

kalau baju off white/ white nampak sangat kan baju kahwin atau tunang. so, kitaorang x nak membazir (same goes ngan baju kahwin, even shida tempah semuanya tapi still masih boleh pakai pegi kerja atau event). im not gonna make dress only for nikah. sayang tau, beli kain mahal, jahit mahal tapi pakai sekali.

baju akad ni kalau pakai satu set ngan kain memang nampak macam x sesuai g keje. tapi lepas ni baju shida akan pakai ngan kain lain manakala kain, shida akan pakai ngan baju lain, so x nampakla melaram sangat kan. baju shida baju kurung moden biasa je. jahitan ketat dan ada butang, kainnya pulak cotton lace.

shida nak reben simple macam nilah. dahle kaler memang lebih kurang je ngan shida

gambar lagi clear
ni pun shida suka tapi reben kat belakang. jadi xkanla, nak kena ambik gambar belakang baru nampak sama ngan lelaki kan. tapi memang nice

shida memang sukala buttonmybutton tapi mahal sikit. nak tempah baju memang x kot tapi kalau buleh nak tempah kasut. reben tu cantik kan, kalau x, shida tiru yang ni


tapi sedikit kecewa since shida sebenarnya nak butang dibalut dengan cotton lace tapi sebab dia bgtau cotton lace tu berat dan keras, x boleh jahit. shida ingat nak tambah jugak lace kat butang tapi tengoklah kalau boleh jahit ke tidak.

manakala kain, of coursela kain kembangkan. sebab nak effect flow macam tu....ala macam baju puan kelly yang shida tunjuk sebelum ni. memang sebijik. 

then, kain cotton lace tu memang banyak gila lebih. siap kalau nak buat baju singkat boleh tapi since dia dah potong macam tu, memang boleh ambik untuk buat lace dan boleh jugak tampal kat baju. so, shida akan buat veil labuh jugak macam puan kelly jugak....hehe.

lepas ni, saper-saper nak sewa baju shida atau veil saja bolehlah. baju tu kena sama size la ngan shida since im petite. tapi veil tu saper-saper pun boleh sewa kalau nak yang simple dan x nak bead. sebab mahal tau shida beli cotton lace tu.

nati shida tunjuk veil tu kalau dah siap okeh. baju pulak, shida tunjuk contoh jelah dulu ye.

baju shida memang ala-ala macam ni cuma ada reben...haha

shida pun akan buat veil labuh jugak since cotton lace tu banyak lebih, tapi labuh tang mana tu kena pk dulu.

sebab baju lelaki kan lime, so im gonna wear tudung hijau dan reben hijau macam gambar di atas. pening lagi kepala...aduhh

Comments

LILO said…
suka yang kuning.menarik sangat colour combination
shida idris said…
thanks dear. my reception dress lebih kurang kaler tu cuma tambah dengan salmon pink

Popular posts from this blog

SELAMAT HARI RAYA 2017

Selamat Hari Raya....kahkah FIRST RAYA SECOND RAYA THIRD RAYA bye, semoga berjumpa lagi di next article yang entah bila..bahaha

tutorial shawl gaya shida

nak pakai shawl macam aku, tiru saja step by step, sangat senang dan cepat. selamat mencuba! 1) pakai inner cotton, (jangan pakai tudung, shida pakai tu sebab nak tutup tengkuk n leher). make sure tudung sebelah panjang n sebelah lagi pendek). 2) ambil yang pendek dan pinkan tudung macam dlm gambar, lepas tu betulkan ia mengikut keselesaan, 3) ambil yang panjang dan belitkan macam biasa, 4) semasa nak membelit, biarkan ia longgar macam dalam gambar, 5) pinkan tudung dengan jarum peniti di kedua-dua belah supaya tudung x jatuh dan lebih kemas. taraaaa, siap

luahan hati

malam yang gelap, aku keseorangan. adik dh tdo. semua orang (kebanyakannya) dah tdo kerana esok perlu bangun pagi untuk mencari rezeki. aku, masih lagi di depan pc kerana esok aku keje petang. nasib orang kerja shift kan. korang pernah x rasa hopeless sometimes. rasa sangat down, rasa seolah-olah hidup dalam dunia dah x ada makna. heh, bukan rasa x disayangi tapi rasa sangat benci ngan diri sendiri. x baik kan, astaghfirullah, memang x baik, aku tahu. kadang-kadang memang nak buang je perasaan ni tapi kalau tengok orang lain yang lebih berjaya, lebih bahagia, lebih cantik, lebih popular, lebih kaya, lebih tinggi pangkatnya, lebih handbag (ini pun nak bgtau ke) perasaan tu hadir dengan tiba-tiba. nak merepek lagi : ye, saya nak peot